Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pontianak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pocong atau pucong ? pontianak atau puntianak ?Ejaan yang tepat ialah 1. pocong 2. puntianak.Ejaan16.01.2010
yang manakah yang betul? A. Pontianak B. PuntianakEjaan yang betul ialah puntianak.Ejaan06.08.2013
Salam..boleh tahu istilah bagi watak hantu (pontianak, zombi). adakah disebut sebagai watak seram?

Watak ialah tokoh atau pelaku dalam karya sastera atau seni seperti novel, cerpen, drama dan sebagainya.  Terdapat beberapa jenis watak, antaranya:

1. Protagonis, iaitu watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik.
2. Antagonis, iaitu watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis.
3. Watak bulat atau bundar ialah watak yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik.
4. Watak dinamik ialah watak yang sinonim dengan watak bulat atau bundar. Watak ini digambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.
5. Watak pipih ialah watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja.

Berdasarkan jenis-jenis watak tersebut, tidak ada istilah watak seram. Sebaliknya, jenis watak bergantung kepada jalan cerita, iaitu bagaimana sesuatu watak itu fungsi untuk mendukung idea pokok, mengembangkan idea berkenaan sehingga berjaya mencapat matlamat.

Makna15.08.2021
Salam. Saya penulis baru yang kosong berkenaan ilmu penulisan. Namun, saya telah menghasilkan sebuah manuskrip bertajuk Pontianak Menggatal- datang tanpa diseru! Dalam manuskrip ini terdapat satu watak, Tok Ketua, yang bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya Soalan saya, adakah penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan dalam novel. Terima kasih.
Dalam penulisan karya kreatif, pengarang seharusnya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Walau bagaimanapun, dalam dialog terdapat sedikit kelonggaran kerana dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan. Penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan dalam dialog sekiranya benar-benar perlu dan bersesuaian dengan jalan cerita yang hendak disampaikan. Perkataan atau dialog dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.
Lain-lain07.12.2020
apakah maksud perkataan suprakelas? boleh berikan satu contoh ayat yang menggunakan perkataan suprakelas? ejaan untuk kata Pontianak atau puntianak? mana satukah yang betul?1. Tiada istilah "suprakelas", tetapi istilah "supra" ialah awalan asing yang bermaksud melebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan,melangkaui, melampaui, dsb.
2. Ejaan yang tepat ialah "puntianak"
Istilah15.04.2015
Salam 1 Malaysia tuan. Perkataan yang ditunjukkan di bawah yang manakah betul? 1. romantis atau romantik ? 2. puntianak atau pontianak ? Terima kasih atas maklum balas tuan.1.Perkataan romantik dan romantis, kedua-duanya betul.
2. Ejaan yang tepat ialah Puntianak
Tatabahasa10.07.2013

Kembali ke atas