Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pontianak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIALEK MELAYU PONTIANAKDIALEK MELAYU PONTIANAK, dialek yang dituturkan di empat kecamatan bandar Pontianak serta di beberapa tempat lain di Kalimantan Barat, Indonesia. Namun, jumlah penuturnya mungkin tidak mencapai 100 000 orang. BAHASABahasa
TANDUK RUSA

TANDUK RUSA (platiserium koronarium), sejenis pakis yang tumbuh liar di dalam hutan hujan.  Tumbuhan ini juga dikenal sebagai pokok pontianak.  Tanduk rusa memerlukan pokok tumpang untuk membesar.  Oleh itu ia akan tumbuh di atas pokok-pokok tinggi di dalam hutan.  Ia mendapat nama tanduk rusa kerana bentuk pelepahnya bercabang-cabang seperti tanduk rusa.  Pelepah-pelepah yang besar ini berayun-ayun dan berjuntai ke bawah.  Setiap pelepah boleh membesar sehingga 2 m panjang.

BUDAYAFlora dan Fauna
SULTAN MUHAMMAD ZAIN AL-DIN MATANSULTAN MUHAMMAD ZAIN AL-DIN MATAN ( ? - ?), Sultan Matan (1720- ? ). Baginda adalah putera sulung Sultan Muhammad Safi al-Din, Sultan Matan, Kalimantan Barat, Indonesia.  Pada awal abad ke-18, kerajaan Matan terdiri daripada Sukadana, Matan dan Simpang, iaitu wilayah di sebelah selatan Pontianak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISLAM DI KALIMANTAN

ISLAM DI KALIMANTAN, perkembangan agama Islam di Kalimantan pada abad ke-16. Islam tersebar di Kalimantan melalui dakwah oleh para pedagang yang berkunjung ke sana dan menetap di kawasan pesisir. Selain itu, pengaruh Islam berkembang melalui hubungan politik. Pangeran Samudera yang ditabalkan sebagai Raja Banjarmasin dengan gelaran Sultan Suriansyah memeluk agama Islam kerana ingin mendapat bantuan tentera dari kerajaan Demak untuk melawan tentera Daha. Seterusnya Islam tersebar ke luar wilayah kerajaan Banjarmasin juga melalui jalur politik. Kerajaan Kutai menjadi sebuah kerajaan Islam pada tahun 1600, kemudian diikuti oleh kerajaan Kotawaringin (1620), kerajaan Matan (1743), kerajaan Mempawah (1750) dan kerajaan Pontianak (1771).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas