Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.pu.lar] | ڤوڤولر

Definisi : digemari atau disukai ramai: mengapa lagu-lagunya dlm waktu yg singkat menjadi demikian ~?; bintang-bintang filem yg ~; mempopularkan menjadikan popular (di­sukai ramai): hal ini tidak pula bererti bahawa saya tidak dapat dan tidak ada hak menulis novel utk ~ perjuangan pemuda-pemuda Indonesia; kepopularan perihal popular, populariti: utk mengembangkan ~ di luar negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.pu.lar] | ڤوڤولر

Definisi : diketahui dan disukai oleh orang ramai; terkenal: lagu-lagu ~. mempopularkan menjadikan popular; menjadikan terkenal: ~ batik di luar negara. kepopularan hal atau keadaan popular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
popular (adjektif)
Bersinonim dengan terkenal, termasyhur, ternama, terbilang, terkemuka, terhebah, tersohor;,
Kata Terbitan : mempopularkan, kepopularan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kedai buku Popular atau Kedai Buku Popular?Jawapan yang betul ialah Kedai Buku Popular.Ejaan13.12.2022
Mohon bantuan pihak DBP mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Trending Searches". Konteks "Trending Searches" ini digunakan untuk mencari perkara yang sedang/semakin popular. Contohnya, untuk minggu ini, pengguna media menyukai Taylor Swift dan mencari lagu-lagunya. Saya mempunyai beberapa versi untuk istilah tersebut iaitu "Trend Carian", "Carian Semakin Popular", "Carian Popular". Mohon nasihat pihak DBP untuk memberikan istilah yang lebih sesuai. Terima kasih.
Tidak ada istilah khusus untuk Trending Searches dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk "Trending Search " ialah Carian yang popular pada masa ini.
Makna22.09.2016
saya ingin mengetahui apakah kesan positif pembacaan novel popular berbanding novel berat ke atas perkembangan intelektual pembaca.Membaca novel popular sebagai langkah permulaan bagi memupuk minat membaca bolehlah diamalkan. Namun yang sedemikian, pembaca perlulah bijak menilai dan memilih kandungan novel popular tersebut sama ada kandungannya mampu meningkatkan perkembangan intelektual.Sastera04.12.2020
1. Boria ialah sejenis teater tradisi yang popular. 2. Boria adalah sejenis teater tradisi yang popular. Penggunaan kata pemeri mana yang lebih sesuai? Ialah atau adalah.Penggunaan kata pemeri yang betul dalam contoh ayat yang diberikan "ialah". Untuk makluman, kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri "adalah" pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.Tatabahasa15.05.2019
Apakah yang dimaksudkan dengan novel popular dan novel berat? Apakah perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis novel?

             Untuk pengetahuan saudara, belum ada definisi yang tuntas berkaitan dengan novel popular dan novel serius. Walau bagaimanapun kedua-dua novel ini dapat  dibezakan. Antara ciri-ciri novel popular ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel popular diminati oleh golongan remaja. Novel  popular juga  mempunyai nilai komersial, yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya.

 

              Manakala novel serius pula dikenali juga sebagai novel intelektual iaitu novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel serius, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. 

Sastera28.11.2019
Salam sejahtera. Apakah maksud 'popular' dan 'aspirin' yang dinyatakan dalam Kamus Dewan terbitan pertama pada tahun 1970? Sekian, terima kasih.Popular bermaksud di-ketahui dan di-sukai ramai , terkenal (ejaan seperti dalam Kamus Dewan, terbitan 1970). Aspirin ialah ubat sakit demam (sakit kepala dll).  Makna05.10.2015
Bilakah perkataan 'popular' dan 'aspirin' dipinjam daripada bahasa Inggeris dan digunakan dalam bahasa Malaysia buat kali pertamanya? Bilakah kedua-dua perkataan tersebut dimasukkan ke dalam Kamus Dewan?Perkataan popular dan aspirin telah dimasukkan dalam Kamus Dewan terbitan pertama pada tahun 1970.Istilah29.09.2015
Mohon bantuan adakah ayat ini betul susunannya. Orkid Onsidium popular dikenali sebagai gadis menari (dancing lady). Terima kasih.Ayat yang gramatis menggunakan salah satu daripada perkataan popular atau dikenali, seperti Orkid Onsidium dikenali sebagai gadis tari.Tatabahasa09.08.2012
salam. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbezaan diantara sastera komersial,karya serius,karya popular dan karya picisan. bolehkah karya serius,karya popular dan karya picisan dikaitkan dengan sastera komersial? bagaimana perkara ini berlaku? terima kasih
Menjawab persoalan tersebut, sila rujuk buku  "Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya"Shahnon AhmadDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1994

 

 

Lain-lain08.01.2009
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih.1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul)
 
2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul)

3. Bola lisut tidak popular di negara kita.
Permainan bola lisut kurang popular di negara kita.


4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul)
Tatabahasa17.01.2013
12345678910

Kembali ke atas