Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.pu.lar] | ڤوڤولر

Definisi : digemari atau disukai ramai: mengapa lagu-lagunya dlm waktu yg singkat menjadi demikian ~?; bintang-bintang filem yg ~; mempopularkan menjadikan popular (di­sukai ramai): hal ini tidak pula bererti bahawa saya tidak dapat dan tidak ada hak menulis novel utk ~ perjuangan pemuda-pemuda Indonesia; kepopularan perihal popular, populariti: utk mengembangkan ~ di luar negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.pu.lar] | ڤوڤولر

Definisi : diketahui dan disukai oleh orang ramai; terkenal: lagu-lagu ~. mempopularkan menjadikan popular; menjadikan terkenal: ~ batik di luar negara. kepopularan hal atau keadaan popular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
popular (adjektif)
Bersinonim dengan terkenal, termasyhur, ternama, terbilang, terkemuka, terhebah, tersohor;,
Kata Terbitan : mempopularkan, kepopularan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
popularpopularPendidikanTiadaTiada
popularpopularPerpustakaanTiadaTiada
popular musicmuzik popularMuzikTiada

 Muzik yang diketahui dan digemari ramai, dan disebarkan melalui media massa. Melodi, meter, harmoni, bentuk dan liriknya tidak kompleks dan berdasarkan idiom muzik pop Anglo-Amerika. Melodi mudah diingati dan gayanya biasa berubah mengikut cita rasa pendengar. Alat muzik Barat seperti gitar, pensintesis, dram dan alat muzik tempatan seperti gambus, tabla dan rebana digunakan dalam muzik popular Malaysia. Contohnya, lagu seperti Jerat Percintaan yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, Fantastik oleh KRU, Sinaran oleh Sheila Majid dan Sampaikan Salam oleh kumpulan Alleycats. Sinonim muzik pop.

popular frontbarisan popularSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan atau kerjasama beberapa parti politik untuk menentang pihak lawan yang sama. Lazimnya barisan ini ditubuhkan oleh parti-parti komunis. Konsep ini dipopularkan oleh Dirmitrov dalam Konvensyen Komunis Antarabangsa (Comintern) ke-7 pada tahun 1935 sebagai strategi untuk cuba mengatasi gerakan fasis pada masa itu. Gabungan ini dikatakan barisan popular kerana parti komunis sering dirujuk sebagai parti untuk orang rarnai. Parti komunis menubuhkan gabungan ini untuk mendapat sokongan yang banyak dan seterusnya berkuasa. Contohnya, gabungan parti komunis di Eropah terutamanya di Perancis dan Sepanyol yang dibentuk pada tahun 1936-1938 sebagai langkah untuk mengatasi perkembangan Parti Fasis.
popular voteundi popularSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang diperoleh oleh calon atau parti dalam pilihan raya. Undi ini dilihat dari sudut jumlah keseluruhan yang diperoleh tanpa mengira kawasan pilihan raya. Ia berbeza dengan undi elektoral yang melihat dari sudut kawasan. Contohnya, parti PAS mungkin mendapat lapan peratus sahaja kerusi parlimen dari jumlah kerusi dalam satu pilihan raya walaupun mungkin mendapat 40 peratus dari jumlah undi. Jumlah undi popular yang diperoleh tidak semestinya menggambarkan undi elektoral atau jumlah kerusi yang dimenangi.
popular languagebahasa popularKesusasteraanTiada1. Ragam bahasa yang dipakai oleh sebahagian besar pemakai bahasa dalam situasi sehari-hari.,2. Bahagian dari khazanah leksikal, gramatikal dan stilistis suatu bahasa yang dimengerti dan diterima sebagai pemakaian yang baik oleh semua orang yang mengenal bahasa.
popular languagebahasa popular;bahasa bersamaLinguistikTiadaTiada
popular wordkata popularLinguistikTiadaTiada
popular wordkata popularPendidikanTiadaTiada
popular languagebahasa popularPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas