Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.pu.la.si] | ڤوڤولاسي

Definisi : 1. jumlah semua orang yg mendiami sesuatu tempat (negara, negeri, daerah dsb), penduduk; 2. kumpulan individu sesuatu spesies (haiwan dan tumbuhan) yg terdapat di sesuatu kawasan geografi atau habitat tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.pu.la.si] | ڤوڤولاسي

Definisi : 1 penduduk sesebuah negara, negeri, daerah, dsb. 2 kumpulan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yg terdapat di sesuatu kawasan atau habitat tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata populasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin di bawah kerajaan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 ke fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 dalam populasi yang tinggi dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk. Adakah ayat di atas betul tatabahasanya?

Cadangan ayat yang betul ialah Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin bawah kerajaan pimpinan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 kepada fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dalam kalangan populasi rakyat dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk.

Tatabahasa23.09.2021
Adakah terjemahan ini betul? "Conference Marketing" --> Pemasaran Persidangan Dalam pemasaran acara (event marketing), ada syarikat yang menyertai 'tradeshow', ada yang mengadakan persidangan (conference) sebagai satu strategi pemasaran yang ditujukan kepada pengguna atau sasaran populasi. Jadi model pemasaran yang menggunakan persidangan sebagai pengantara disebut "Conference marketing".Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan "conference marketing" iaitu pemasaran persidangan sesuai mengikut konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang yang dinyatakan. Makna30.09.2022
apakah isi yang perlu ada untuk membuat satu assignment yang bertajuk sentimen perkauman di kalangan masyarakat malaysiaAntaranya anda perlu beberapa topik seperti : 1. Sejarah Pelbagai Kaum 2. Kenapa pemisahan kaum mengikut populasi berlaku 3. Faktor Penarik 4. Faktor Penolak 5. FAktor Pendorong Walaubagaimanapun ini hanya cadangan, dan anda boleh memperincikan dengan merujuk buku sejarah dan peristiwa terbitan DBP.Lain-lain16.08.2007
Salam, Saya ingin bertanya adakah perkataan "Survey" di dalam Bahasa Inggeris bersamaan "Survei" di dalam Bahasa Melayu. Saya ada menerima dokumen rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan tajuk dokumen tersebut ialah "Survei Pembinaan...."
Kata survei diambil daripada kata survey dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan data Istilah Bahasa Melayu yang ada dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kata survei banyak digunakan, misalnya dalam contoh seperti yang di bawah:

survey analysis - analisis survei; analisis tinjau selidik
survey populationpopulasi servei;penduduk tinjau selidik
survey area - kawasan survei
mapping survey - survei pemetaan

Kata survey juga diterjemahkan sebagai tinjauan (contoh: preliminary survey - tinjauan awal), kaji selidik (contoh: survey sampling - pensampelan kaji selidik) dan tinjau selidik (contoh: household survey - tinjau selidik isi rumah).
Istilah04.04.2023
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013

Kembali ke atas