Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[por.se.lin] | ڤورسلين

Definisi : sj bahan yg dibuat drpd campuran tanah liat, kuarza dll yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras, dan di­gunakan utk membuat perkakas dapur dan makmal dsb, tembikar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[por.se.lin] | ڤورسلين

Definisi : ist sj bahan seramik yg diperbuat drpd campuran tanah liat, kuarza dll, yg digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata porselin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah seramik, porselin dan tembikar merujuk benda yang sama? Terima kasih.

Tembikar ialah jenis seramik, manakala porselin ialah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat seramik, selain tanah liat. Takrifan seramik, tembikar dan porselin dalam Kamus Dewan Perdana ialah:

seramik سيراميک [se⋅rɑ⋅mik]

n 1 barang yg dihasilkan drp tanah liat, mis tembikar, pasu dan jubin: Kami menyediakan seramik berukir bagi hiasan dalaman masjid tsb. 2 bahan yg keras, rapuh dan mempunyai takat lebur yg tinggi yg dibuat drp tanah liat: Seramik yg paling penting ialah tanah liat tradisional. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drp tanah liat, tembikar dsb: Karya yg dipamerkan ialah seni catan, cetakan, seramik, anyaman dan foto yg merupakan hasil kerja tangan pelajar UPSI.

berseramik برسيراميک [bər⋅se⋅rɑ⋅mik] ktt ada seramik atau berhias dgn seramik: Ruang dapur atas berseramik biru menjadikan dapur tampak mewah.

 

tembikar تمبيکر [təm⋅bi⋅kɑr]

n 1 cawan, mangkuk, pinggan dll yg dibuat drp tanah liat yg dibakar dan bergilap; 2 serpihan

tembikar, cawan, mangkuk dll; tembereng;

 

porselin ڤورسلين [por⋅sə⋅lin] n bahan yg dibuat drp campuran tanah liat, kuarza dsb, yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras dan digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb;

berporselin برڤورسلين [bər⋅por⋅sə⋅lin] ktt mengandungi porselin: bahan batuan berporselin.

Semoga jawapan ini menjawab persoalan tuan.

Terima kasih.

Makna22.03.2023
Mohon untuk dapatkan istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah berikut: calcined natural bone ash adakah: 1. abu tulang bakar asli atau 2. abu tulang asli bakar Ayat penuh: Bone china ertinya apa-apa chinaware atau porselin yang mengandungi 25 peratus atau lebih calcined natural bone ash atau trikalsium fosfat dan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus Segala bantuan amat dihargai. Terima kasih.Cadangan kami untuk terjemahan calcined natural bone ash ialah abu tulang bakar asli.Tatabahasa04.05.2012
Adakah perkataan mug (bahasa inggeris) yang bermaksud cawan atau kole telah dimasukkan dalam kamus bahasa Melayu?Entri "mug" ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan takrifnya adalah seperti yang berikut:


n 1 bekas bertangkai tanpa piring yg dibuat drp ayan, porselin, plastik dll, digunakan utk minum kopi, teh dsb yg saiznya lebih besar drp cawan; 2 ...
Lain-lain30.05.2021

Kembali ke atas