Arita porcelain | porselin Arita | Kesenian | Hiasan Dalaman | Porselin buatan tangan yang dihasilkan di Arita, Jepun pada abad ke-16. Porselin Arita diperbuat daripada tanah liat putih yang terbaik di dunia dan hanya terdapat di barat Pulau Kyushu, Jepun. Porselin ini istimewa kerana mempunyai pelbagai reka bentuk dengan warna yang menarik, bersadur dan tidak mudah pudar. Porselin Arita mula dieksport ke Eropah pada abad ke-17 dan dikenali juga sebagai perkakasan Imari. |
eggshell porcelain | porselin kulit telur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Porselin nipis abad ke-15 yang berasal dari negara China. Porselin ini dijadikan perkakasan seramik gred tinggi yang dicirikan dengan kekuatan tinggi, berwarna putih, kelutcahayaan yang baik, keras serta mempunyai daya penyerapan air yang rendah. |
continuous gum denture | dentur lekat ke gusi | Perubatan | Tiada | Dentur daripada gigi porselin yang mempunyai bahan landas dentur daripada porselin berwarna dan bar platinum, dan gusi daripada porselin. |
aluminous porcelain | porselin beraluminium | Perubatan | Tiada | Porselin pergigian yang kuarzanya digantikan dengan alumina, lebih kuat daripada jenis berkuarza. |
electrical porcelain | porselin elektrik | Kejuruteraan | Tiada | Tembikar porselin yang digunakan sebagai penebat elektrik. |
soft paste porcelain | porselin lembut | Kesenian | Tiada | Porselin daripada tanah liat lembut dan dibakar dengan suhu yang rendah. |
porcelain jacket crown | korona jaket porselin | Perubatan | Tiada | Restorasi korona gigi yang berakhir di pinggir gingiva dan diperbuat daripada porselin. |
porcelain | porselin | Kimia | Tiada | Bahan seramik tak berliang yang diperbuat daripada campuran tanah liat, kuarza, feldspar, air dan alumina yang dipanaskan sehingga menjadi pepejal yang licin, keras dan berwarna putih. Porselin tak tertelapkan oleh gas dan cecair, dan digunakan sebagai penebat elektrik, alatan dapur dan makmal dan digunakan jua dalam bidang pergigian. |
glaze | bahan licau | Kimia | Tiada | Penyalut yang licin dan bersinar pada berbagai-bagai seramik yang menjadikan seramik kalis air. Bahan licau yang digunakan pada porselin mengandungi bahan yang serupa seperti porselin, tetapi pada kadar yang berbeza. Bahan ini mengandungi sedikit natrium dan lazimnya merupakan campuran silikat dan batu api, sebatian plumbum, asid borik dan kalsium karbonat. penyalut ini boleh digunakan untuk tujuan hiasan. |
porcellaneous | porselin | Geologi | Tiada | Menyerupai tembikar tak bergilap. |