Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

Definisi : 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat; 3. (S.Lukis) bekas mudah alih utk membawa kertas, dokumen, lukisan dsb; berportfolio memegang atau mempunyai portfolio: kepelbagaian pasaran modal menarik portfolio pelaburan yg kukuh serta menarik perhatian pelabur ~; Menteri Tak B~ Menteri yg tidak mempunyai Kemente­rian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

Definisi : 1 bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri: Menteri Tak Ber~ Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawabnya. 2 bekas mudah alih, berupa beg yg agak besar, nipis dan leper utk diisi kertas, dokumen, lukisan dsb. 3 keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata portfolio


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corner portfolioportfolio sudutPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio cekap yang mengandungi aset, yang jika digabungkan dengan portfolio di sudut cekap, akan menghasilkan portfolio yang juga cekap.
inefficient portfolioportfolio tak cekapPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang tidak memenuhi kriteria portfolio cekap dan oleh itu, tidak berada di atas sempadan cekap.
managed portfolioportfolio terurusPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio seperti pengurusan Unit Amanah, ASN, ASB, Tabung portfolio MARA yang diuruskan oleh seorang profesional.
optimal portfolioportfolio optimumPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang boleh dicapai yang menawarkan kepuasan maksimum kepada pelabur. Portfolio ini mewakili kedudukan tangen antara set cekap dengan keluk puas sama pelabur.
dedicated portfolioportfolio dedikasiPentadbiranTiadaPortfolio bon yang menyediakan aliran tunai bagi memenuhi tuntutan pencen pada kos yang minumum.
arbitrage portfolioportfolio arbitrajPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang tidak memerlukan pelaburan, tidak mempunyai kepekaan terhadap apa-apa faktor, dan mempunyai pulangan terjangka yang positif hasil daripada aktiviti arbitraj.
efficient portfolioportfolio cekapPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang berada dalam lingkungan set cekap yang menawarkan kepada pelabur pulangan terjangka maksimum pada pelbagai tahap risiko dan risiko minimum pada pelbagai tahap pulangan terjangka.
dedicated portfolioportfolio dedikasiPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio bon yang memberikan pemiliknya aliran tunai masuk yang bersamaan dengan suatu aliran tunai keluar tertentu.
market portfolioportfolio pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang mengandungi semua aset pelaburan dengan bahagian yang dilaburkan dalam setiap aset sama banyak dengan peratusan nilai aset tersebut berbanding dengan nilai agregat.
unmanaged portfolioportfolio tidak terurusPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang tidak diuruskan secara formal oleh mana-mana badan profesional dengan pengelompokannya terjadi atas sebab-sebab tertentu secara tidak sedar, misalnya kelompok saham yang menjadi komponen indeks komposit.
12345678910...

Kembali ke atas