Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pos.ter] | ڤوستر

Definisi : notis atau gambar yg ditampal pd dinding atau papan kenyataan, terutamanya utk meng­iklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos.ter] | ڤوستر

Definisi : pelekat utk mengiklankan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poster


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bimbingan pihak tuan mengenai ayat berikut beserta penjelasannya. 1. Dinding dewan itu kami (hiasi,hiaskan) dengan poster -poster bertemakan kemasyarakatan. 2. Mural bunga raya itu kami (warnakan,warnai) dengan cat merah dan hijau. Terima kasih.1. Dinding dewan itu telah kami hias dengan poster-poster bertemakan kemasyarakatan.
2. Mural bunga raya itu akan kami lukis dengan cat merah dan hijau.
Ayat pasif kata ganti diri pertama diikuti dengan kata kerja dasar, "kami hias" dan "kami lukis".
Tatabahasa09.11.2020
Mutakhir ini kerap ditemui pada poster-poster hebahan mengenai penggunaan perkataan "peluncuran" bagi maksud pelancaran (launching) buku, garis panduan, portal dan sebagainya. Adakah penggunaan perkataan peluncuran dalam konteks ini gramatis dan telah diterima pakai? Sekian, terima kasihPenggunaan perkataan yang betul ialah pelancaran, bukan peluncuran. Peluncuran bermaksud perihal (perbuatan dan sebagainya) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. Selain itu, ia juga membawa maksud tempat utk meluncur. Untuk keterangan lebih lanjut, saudara boleh rujuk di laman web http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=peluncuran&d=175768&#LIHATSINI
Lain-lain28.12.2020
Poster pendidikan ialah poster yang ada di sekolah-sekolah. atau Poster Pendidikan ialah poster.....Jika soalan puan berkenaan perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan 'yang ada di sekolah-sekolah', boleh juga gunakan perkatan seperti yang berikut: Poster Pendidikan ialah poster yang terdapat di sekolah-sekolah...Lain-lain21.09.2017
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah kita boleh menggunakan perkataan "poster iklan" atau "iklan poster"? Contoh ayat: Poster iklan tentang langkah-langkah pencegahan Covid-19 itu diterbitkan dalam dwibahasa.Penggunaan perkataan yang betul ialah poster iklan.Lain-lain15.10.2020
Tuan/ puan, "sehelai poster" atau "sekeping poster" lebih tepat penggunaannya ? Minta pencerahan. Terima kasih.Kedua-dua penjodoh bilangan sekeping dan sehelai boleh digunakan untuk poster.Lain-lain03.01.2021
Pihak Jabatan ingin memohon bantuan DBP untuk membuat semakan bahasa di poster ini. Poster ini akan dipaparkan melalui Laman web dan media sosial rasmiKami cadangkan pembetulan seperti berikut:
1. "Kelangsungan hidup Harimau Malaya, di tangan kita" atau Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup haiwan ini, di tangan kita"
2. "Memulihara Harimau Malaya ini xxxx" (rapatkan tanda petik "xxx" dengan perkataan)
3. XXX HJ. NASARAH (letak titik untuk singkatan) 
Ejaan21.07.2021
Saya sedang membuat poster. Perkataan dalam poster seperti berikut Katakan tidak kepada penggunaan polisterina dan plastik di kampus FRIM Bawa bekas makanan sendiri Adakah betul atau ada kesilapan.Katakan tidak kepada polistirena dan plastik dalam kawasan FRIM. Bawa bekas makanan sendiri. Tatabahasa28.12.2010
Sila pilih ayat yang betul. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. (a) Saya menggantung poster di tepi jalan. (b) Saya menggantungkan poster di tepi jalan. (c) Saya menggantung poster pada dinding. (d) Saya menggantungkan poster pada dinding.Kesemua ayat tersebut betul.Lain-lain06.09.2021
1)Navin menampal poster. 2)Navin menampal(kan) poster. Ayat yang mana satu betul?Ayat yang betula ialah Navin menampal poster.Tatabahasa09.07.2015
Menyemak tajuk poster seperti di lampiran.Pembetulan:
1. Sehingga tukar kepada hingga
2. Diperolehi kepada diperoleh
3. Kuasa beli
4. Tertakluk pada terma dan syarat
Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa21.09.2015
12345678

Kembali ke atas