Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pos.ter] | ڤوستر

Definisi : notis atau gambar yg ditampal pd dinding atau papan kenyataan, terutamanya utk meng­iklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos.ter] | ڤوستر

Definisi : pelekat utk mengiklankan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poster


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POSTER

Poster ialah lembaran kertas atau kadbod bercetak

yang dipamerkan untuk tontonan umum. Kebanyakan

poster menyampaikan mesej ringkas yang

menggabungkan perkataan dengan ilustrasi. Poster

boleh digunakan untuk mengumumkan peristiwa

seperti drama, filem, atau pameran lukisan. Ia juga

boleh digunakan untuk mengiklan keluaran

perdagangan atau menyampaikan mesej politik.

UMUM 
PROPAGANDA

Propaganda ialah komunikasi sepihak yang

bertujuan untuk mempengaruhi cara orang ramai

berfikir dan bertindak. Iklan di televisyen atau

poster yang menggesa orang ramai mengundi

seseorang calon politik mungkin berbentuk

propaganda bergantung pada kaedah

pemujukannya.

UMUM 
MUZIUM SENI METROPOLITAN

Muzium Seni Metropolitan di New York City

ialah muzium seni yang terbesar di Amerika

Syarikat. Muzium ini mengandungi lebih dua juta

karya seni. Bangunannya dimiliki oleh kota New

York, tetapi koleksinya menjadi milik perbadanan

yang mengendalikan muzium itu di bawah piagam

yang diberikan pada tahun 1870. Muzium ini

mengadakan konsert dan ceramah di auditorium

yang boleh memuatkan seramai 700 orang.

Kedainya menjual buku seni, poster, dan

reproduksi karya seni daripada koleksinya.

UMUM 

Kembali ke atas