Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.to.ngan] | ڤوتوڠن

Definisi : 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CETAKAN POTONGAN KAYU UMUM 
MIKROTOMI

Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan

mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni

menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui

mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek

boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop

(lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti

digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya

boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan

cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi.

UMUM 
TAMPAL HIAS

Tampal hias ialah proses hiasan yang digunakan

dalam menjahit dan membuat pakaian. Ia termasuk

menjahit potongan kain yang telah direka bentuk ke

atas helaian yang lebih besar. Bahagian tepi helaian

yang direka bentuk itu biasanya dilipat. Kemudian ia

dijahit ke atas helaian kain yang besar dengan

jahitan yang kecil dan tersembunyi atau jahitan

hiasan.

UMUM 
BUTTERNUT

Butternut atau walnut putih ialah pokok rendang

bersaiz sederhana yang tergolong dalam famili

walnut. Ia hidup di Timur Amerika Syarikat. Kulit

pokok butternut yang berwarna kelabu muda

mempunyai alur yang lebar, rata, dan berbentuk

potongan wajik. Daunnya mempunyai antara 11

hingga 17 anak daun yang berbulu dan melekit.

UMUM 
BAJU KEDAH

Baju Kedah ialah baju wanita yang sederhana longgar, leher baju seperti kurung moden, labuhnya paras punggung, dan berlengan hingga bawah paras siku. Potongan baju ini ringkas dan lurus tanpa pesak atau kekek. Baju ini dipopularkan di Kedah sejak tahun 1940-an.

KESENIANArtifak/Mentifak
PERTUMBUHAN SEMULA

Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan

bahagian yang hilang atau yang rosak dengan

tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula

selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika

pohon atau pokok renek dicantas berhampiran

dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh

daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span,

snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa

pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh

dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh

tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman

boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam,

dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar,

mata, dan kaki yang baru.

UMUM 
BAJU SIKAP

BAJU SIKAP, sejenis baju pendek pakaian lelaki, berbelah di hadapan dengan pelbagai potongan. Baju ini merupakan pakaian tradisional orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia hingga tahun 1880-an. Di sesetengah tempat, baju ini disebut sebagai baju mengan, baju putera raja dan bermacam-macam lagi.

BUDAYAPakaian
KIT'AH

KIT’AH, BENTUK PUISI Arab yang merupakan fragmen daripada karya yang lebih panjang, misalnya sebuah qasidah. Kit’ah dalam bahasa Arab bererti potongan keratan, sekerat atau sepotong; memberikan makna sepotong daripada sebuah karya yang lebih besar kit’ah juga mungkin sebuah puisi tersendiri mengenai sesuatu topik, tetapi masih menggunakan skema-rima yang sama, iaitu serima (monorhyme) dan dalam polamatra yang umum seperti genre yang lain. Begitu rapatnya hubungan kit’ah dengan qasidah, walaupun pada kenyataannya sebuah qasidah hingga ada sarjana menganggap klit’ah berasal daripada  qasidah yang mungkin dikembangkan daripada genre lain yang berasingan seperti ghazal, fakhr dan lain-lain.

SASTERAPenerbitan
BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur.

BUDAYAPakaian
KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja

yang mencuba untuk memperbaiki gaji

ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka

melakukannya melalui perundingan dengan

wakil-wakil majikan dalam prosedur yang

dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan

juga memperjuangkan hal berkaitan dengan

kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan-

latihan kemahiran, di samping mencari faedah

lain kepada ahlinya seperti potongan harga

barangan dan memperuntukkan kemudahan

pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan

kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu,

sah di sisi undang-undang kebanyakan negara.

Walau bagaimanapun, di negara-negara

yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang

dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang

ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti

Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya

tidak dibenarkan.

UMUM 
12

Kembali ke atas