Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra] | ڤرا‌‌ -

Definisi : awalan asing sebelum, mis prakata, prasejarah, dan prasekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pra] | ڤرا‌‌ -

Definisi : (awalan yg bererti) sebelum: zaman ~-Islam; ~sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pra-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah penggunaan sebenar perkataan pra- dan pra. Adakah pra- hanya digunakan untuk kata nama khas? Contoh: Pra-PAS Atau pra digunakan selain kata nama khas? Contoh: prasangka Terima kasih.Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia).Lain-lain17.02.2015
Saya ingin bertanya apakah ejaan yang betul untuk perkataan pramusim. Pra-musim, pra-musim, pramusim atau pra musim.Ejaan yang betul ialah pramusim.Ejaan04.02.2015
yg mana satu betul? Kertas Model Pra SPM Kertas Model Pra-SPM Kertas Model PRA SPM Terima kasihJwapan yang betul ialah, Kertas Model Pra-SPM.Lain-lain02.06.2022
Manakah yang betul, PRA-SPM, PRA SPM atau PRASPM ? Terima Kasih.Pra-SPMLain-lain05.08.2009
Ingin tahu ejaan bagi Peperiksaan Pra-Sekolah (Nama Khas) : Pra-Sekolah atau Pra Sekolah atau PraSekolah ? Bagi perkataan lain pula: insya-Allah atau insyaAllah atau insyaallah ?Ejaan yang betul ialah Peperiksaan Prasekolah dan insya-Allah.Ejaan25.09.2014
Bagaimana perkataan 'pra persembahan' ditulis? adakah ia dijarakkan, didekatkan atau ditambah 'dash' seperti 'pra-persembahan'? adakah kata 'pra' mempunyai cara umum untuk menggunakannya?Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Seperti imbuhan lain, awalan pra- dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: prapersembahan, prasiswazah, prasangka, prauniversiti, dan prasarana. Lihat halaman 305-306 buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.05.2014
Yang mana satukah yang betul? a. PRAUNIVERSITI b. PRA-UNIVERSITI c. Pra-Universiti d. Prauniversiti e. Pra Universiti Mohon bantuan pihak tuan. Sekian dan terima kasih.Ejaan yang betul ialah PRAUNIVERSITI dan prauniversiti.Ejaan18.06.2015
selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah ejaan yang betul Pra-Columbia atau Pra-Kolumbia?
Menurut data kami, ejaan yang betul ialah Pra-Columbia.
Ejaan17.12.2019
Mana satukah di antara istilah berikut yang betul,untuk digunakan dalam penulisan kajian tindakan ilmiah: i) ujian pra atau pra ujian ii)ujian pos atau pos ujian Terima kasih.

Frasa yang betul ialah i)praujian ii)  ujian pos 

Istilah05.07.2009
Penggunaan 'tanda hubung' (-). Boleh kah saya tahu bilakang tanda ini boleh diguna pakai di dalam ayat. Sebagai contoh. Pra-beli. Pra-tempahan. Adakah ini dibolehkan? Kerana fokus pembinaan ayat ini adalah untuk menunjukkan pembelian awal atau tempahan awal.Tanda sempang ialah garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata, tanda hubung atau sengkangTatabahasa23.07.2019
12345678

Kembali ke atas