Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra] | ڤرا‌‌ -

Definisi : awalan asing sebelum, mis prakata, prasejarah, dan prasekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pra] | ڤرا‌‌ -

Definisi : (awalan yg bererti) sebelum: zaman ~-Islam; ~sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pra-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FALSAFAH PRA-SOCRATES UMUM 
YULE

Yule ialah perkataan lain untuk Krismas. Yuletide

bermaksud musim Krismas. Asal usul perkataan

Yule tidak pernah ditentukan, tetapi

berkemungkinan perkataan ini berasal daripada

pesta menuai pra-Kristian yang diadakan pada bulan

November.

UMUM 
TAKUAPA

TAKUAPA, tapak arkeologi zaman protosejarah.  Takuapa terletak di pantai barat Semenanjung Thailand, 96 km ke utara Pulau Phuket.  Di daerah ini terdapat tiga tapak arkeologi zaman protosejarah kerajaan awalyang penting iaitu T’ung-T’uk (di Pulau Ko Kho Khau), Bukit Pra No dan Bukit Pra Narai.  Tinggalan tersebut adalah tinggalan kerajaan-kerajaan entrepot Melayu abad ke-9 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PARMENIDES

Parmenides ialah ahli falsafah Yunani yang

hidup kira-kira pada tahun 500 SM. Dia

memegang peranan yang penting dalam

perkembangan falsafah pra-Socrates.

UMUM 
ARCADIA

Arcadia, salah satu bahagian di Greece pada masa

kini adalah kawasan yang penting pada zaman purba.

Lebih kurang 108 000 orang tinggal di kawasan yang

terdiri daripada gunung dan lembah subur di

Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Arcadia

adalah satu-satunya bahagian Peloponnesus yang

tidak diserang oleh orang Dorian pada tahun 1100-an

S.M. Orang Arcadia mengekalkan sebahagian besar

bahasa Yunani pra-Dorian. Pada tahun 500-an S.M.

Arcadia menyertai Liga Peloponnesus, perikatan

tentera yang terdiri daripada bandar-bandar di

Peloponnesus yang diketuai oleh Sparta. Bandar-

bandar Arcadia tetap setia kepada Sparta sehingga

tahun 369 S.M., apabila ia menubuhkan liga

pertahanannya sendiri. Tidak lama kemudian Liga

Arcadia berpecah, tetapi Liga Macedonia dan

kemudiannya Liga Achaean dan Aetolian melindungi

Arcadia.

UMUM 
MATARAM

MATARAM, kerajaan di Jawa Tengah, Indonesia.  Sejarahnya dapat dibahagikan kepada dua tahap utama iaitu pra-Islam dan Islam.  Bukti kewujudan kerajaan Mataram terdapat dalam beberapa buah inskripsi.  Inskripsi yang terawal dijumpai di dalam Candi Siva di Canggal, di bahagian timur laut Candi Borubodur, Jawa Tengah, yang bertarikh 732 M.  Tulisan inskripsinya dalam bahasa Sanskrit.  Maklumat yang terkandung dalam inskripsi tersebut adalah tentang Raha Sanjaya Mataram mendirikan sebuah ‘lingga’ di Kunjarakunja iaitu di Jawa Tengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
ANUGERAH

ANUGERAH,  pemberian yang berupa hadiah yang terbesar  dan tinggi nilainya.  Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit ‘nugeraha’ atau ‘ anugeraha’. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya.  Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BURNE-JONES, SIR EDWARD

Burne-Jones, Sir Edward (1833–1898) ialah

pelukis Inggeris yang menghasilkan karya dengan

begitu cermat sehingga menjadikan dia salah

seorang pelukis terkenal semasa zamannya.

Kebanyakan lukisannya memaparkan mitos Yunani

dan legenda Raja Arthur. Burne Jones ialah ahli Pra-

Raphaelite Brotherhood.

UMUM 

Kembali ke atas