Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prag.ma.tik] | ڤرݢماتيک

Definisi : I (mempunyai sifat atau pendirian yg) lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu drpd ciri-ciri teori dsb, bersifat praktikal, banyak memperhitung­kan keadaan dan akibat yg sebenarnya terdapat atau akan timbul: walau bagaimanapun, pelaksanaannya harus bersifat ~ supaya tidak menimbulkan kesusahan di kalangan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[prag.ma.tik] | ڤرݢماتيک

Definisi : (Lin) cabang linguistik yg ber­kaitan dgn kajian tentang makna dan kesan yg timbul drpd penggunaan bahasa dlm situasi tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pragmatik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semester ini, kami telah dikehendaki melakukan penyelidikan untuk tugasan proposal kami sehingga tahun hadapan (semester akhir - 06). Saya memilih untuk mengkaji bidang pragmatik bagi menjalankan kajian fyp saya. Saya ada menyertai sebuah bengkel dbp sebelum ini, penceramah (Dr. Shamsudin Othman) ada menyebut tentang sebuah novel ni. Tajuknya lebih kurang 'Ah.' begitu seingat saya. Saya terpanggil untuk menjalankan kajian fyp dalam bidang pragmatik terhadap novel tersebut. Justifikasinya untuk saya buat pemerhatian kerelevanan kuasa bahasa dalam pragmatik. Tapi saya tak pasti benarkah tajuk novel tu. Boleh tak DBP tolong semakkan kalau kalau betul ada novel DBP yang bertajuk macam tu. Kalau tiada, tidak mengapa. Sekadar bertanya. Dan kalau boleh nak minta pandangan DBP juga tentang kajian tu, relevans ke saya nak kaji novel tu sebab pragmatiknya nak melihat apa isu yang cuba penulis bangkitkan sampai tajuknya begitu dan kesannya kepada pembaca kerana dalam bidang pragmatik kita mengkaji 'speaker's meaning' dan bukan 'sentence meaning'. Segala kerjasama amat saya hargai. Terima kasih :DMelalui semakan kami melalui Katalog Awam dalam Talian, tidak menemukan novel Ah. Untuk melihat kesesuaian tajuk dan bidang kajian, sila berbincang dengan pensyarah/penyelia kajian puan kerana merekalah pihak yang berwenang dalam hal ini.Lain-lain08.04.2017
Adakah ayat ini betul? Pelbagai langkah pragmatik boleh diambil untuk mengurangkan kadar jenayah di negara Malaysia.Ayat di atas betul.Tatabahasa04.04.2015
APAKAH YANG DIKATAKAN TATABAHASA FUNGSIONALTidak ada maklumat terperinci tentang tatabahasa fungsional dalam pangakalan data kami. Untuk makluman awal antara ciri nahu tatabahasa fungsional ialah berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Tatabahasa22.03.2012
Assalamaulauikum Saya amat lemah dalam bidang morfologi..... tugasan saya ialah mengkaji minda pengarang berita harian dari segi morfologi dan sintaksis.... minda pengarang saya ialah.... Gagasan 1 Malaysia boleh diterapkan masyarakat antarabangsa Dalam apa jua bentuk kehidupan kesederhana adalah teras kepada kajayaan yang dicapai. tindakan keterluan atau ekstremis tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan.menyedari sudah sampai masa pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis demi mengelak penduduk dunia daripada tenggelam ke dalam kehancuran,ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 65 di New York,Amerika Syarikat

Saudara,

Dalam tugasan yang diberikan saudara diperlukan untuk mengenal pasti perkataan dari aspek morfologinya atau bentuk katanya dan  mengenal pasti ayat  dari aspek sintaksisnya atau jenis ayatnya. 

Lain-lain17.10.2010
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata?

Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah.

Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar

Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik.
Istilah11.01.2015

Kembali ke atas