Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.ka.ta] | ڤراکات

Definisi : kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pra.ka.ta] | ڤراکات

Definisi : kata pendahuluan (dlm sesebuah buku dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
prakata (kata nama)
Bersinonim dengan pendahuluan, kata pengantar, mukadimah, pembukaan, intro, prolog.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam,bgmna permulaan prakata yg ada tuanku dan penyusun. Bagaimana dlm penerbitan. Adakah ada panduan dr DBP.Salam,

Prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dan lain-lain, atau mukadimah. Ia berbeza dengan kata pengantar dan penghargaan. DBP tidak ada menyediakan sebarang panduan khusus berkenaan penyediaan prakata. Akan tetapi, puan boleh merujuk contoh-contoh sedia ada atau Gaya Dewan.    
Lain-lain03.09.2015
berikan contoh ayat dan makna bagi perkataan tersebut:- 1. dwibudaya 2. pratonton 3. prakata 4. tatanegara

1. Dwibudaya bermaksud mempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yang utama (seperti kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yang diamalkan di Kanada).

2. Pratonyon bermaksud tayangan filem, persembahan teater dan sebagainya yang dikhususkan untuk wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum filem, teater dan sebagainya itu dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai.

3 Prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dan lain-lain, atau mukadimah.

4. Tatanegara bermaksud susunan dan bentuk pemerintahan negara.

Kata/istilah ini banyak digunakan dalam penulisan buku, berita atau rencana. Sila rujuk artikel yang berkaitan untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. 

Makna17.03.2010
Tuan/ Puan, Mohon pandangan pihak tuan/ puan, apakah terminologi yang bersesuaian untuk tajuk ucapan YAB Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dalam sesebuah penerbitan dokumen atau buku sama ada "Prakata", "Perutusan", "Kata Alu-aluan" atau lain-lain. Terima kasih.Salam sejahtera,

Berdasarkan data kami, prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah.

Perutusan bermaksud 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya;.

Kata alu-aluan bermaksud ucapan (kata­kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);.

Berdasarkan ini kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Prakata atau Kata Alu-aluan berdasarkan kesesuaian pihak tuan.

Sekian.
Lain-lain03.08.2017
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat?Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2019
Apa prosedur menghantar manuskrip ke DBP Caw Sarawak?1. Surat iringan 2. Sertakan 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis 2. Sertakan juga softcopy (disket)Lain-lain12.11.2007
Salam, Bagaima untuk mengeja perkataan Mukadimah? Adakah jika ejaan muqaddimah ini salah?
Merujuk dalam data DBP, Mukadimah bermaksud  kata pendahuluan manakala dalam bahasa Arab pula membawa makna kata pengantar, prakata atau pendahuluan dalam sesuatu ujaran atau wacana. Jika dilihat, perkataan
'Muqaddimah' tidak salah digunakan malahan pernah digunakan  dikebanyakan dalam judul-judul buku lama. Oleh itu, sebaiknya ejaan perkataan 'Mukadimah' lebih sesuai digunakan dan telah pun diiktiraf dalam Kamus Dewan terbitan DBP.
Ejaan10.06.2017
Saya pernah bertanya tentang penggunaan perkataan sambalewa dan sambil lewa. Jawapan yang diberikan ialah perkataan sambil lewa lebih tepat penggunaannya. Saya merujuk Kamus Dewan, perkataan sambalewa membawa maksud sama dengan sambil lewa yang boleh digunakan dalam ayat.Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat berdasarkan ciri tertentu. Sila baca dan fahami bahagian prelim termasuk prakata Kamus Dewan.Tatabahasa30.03.2010
Boleh emailkan saya format manuskrip untuk cadangan menulis bukuSecara umumnya, penulisan buku dan majalah sama seperti penulisan esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008.Lain-lain12.05.2014
Assalamualaikum... Adakah format dan panduan menulis buku umum sama dengan menulis untuk majalah? contohnya menulis artikel. jika berbeza, boleh jelaskan bagaimana format menulis untuk majalah? terima kasih.Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008.Lain-lain07.05.2012
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan.Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau  dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih.Lain-lain13.10.2010
12

Kembali ke atas