Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.u.ni.ver.si.ti] | ڤراءونيۏرسيتي

Definisi : sebelum memasuki universiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prauniversiti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah yang betul? a. PRAUNIVERSITI b. PRA-UNIVERSITI c. Pra-Universiti d. Prauniversiti e. Pra Universiti Mohon bantuan pihak tuan. Sekian dan terima kasih.Ejaan yang betul ialah PRAUNIVERSITI dan prauniversiti.Ejaan18.06.2015
saya ingin bertanya, adakah perkataan prauniversiti perlu diletakkan tanda sempang atau tidak?cth Prauniversiti atau pra-universitiJawapan yang betul ialah prauniversiti. Terima kasih.Ejaan04.08.2007
1)praperkhidmatan 2)prauniversiti 3)berkuat kuasa1)praperkhidmatan 2)prauniversiti 3)berkuat kuasaEjaan01.11.2011
Salam, saya minta bantuan daripada pihak DBP. Saya pendekkan/akronimkan perkataan "Prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini". Boleh tuan bagi solusinya?Akronim ialah gabungan yang terbentuk daripada huruf-huruf pertama. Prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini boleh diakronimkan menjadi PSMKMR, namun perlu juga ditulis penuh (pada kali pertama) bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.Tatabahasa22.07.2015
Assalamualaikum, saya nak tanya: Apakah kata berikut tepat dari segi ejaan dan kosa kata keseluruhannya. 1. prauniversiti atau pra-universiti 2. bahasa Melayu atau bahasa Malaysia 3. temu janji atau janji temu 4. televisyen atau television1. prauniversiti. 2. bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan negara. Manakala Bahasa Malaysia hanya digunakan di sekolah sebagai nama mata pelajaran atau judul buku. 3. janji temu ialah menentukan masa untuk berjumpa. 4. televisyen.Lain-lain11.08.2009
Adakah sesuai Pengunaan istilah Pra Universiti untuk pelajar tingkatan enam?Prauniversiti ialah sebelum memasuki universiti seperti matrikulasi dan pusat asasi. Tingkatan enam  dianggap peringkat sekolah menengah.Makna25.10.2011
maksud keseluruhan penyataan ini "peranan pelajar prauniversitidalam menjayakan kempen pencemaran alam sekitar di sekolah"

Menurut pemahaman kami, yang dimaksudkan denan prauniversiti ialah pelajar sekolah yang difikirkan akan melanjutkan pelajaran di unversiti. Sila rujuk bahan yang berkaitan.

Makna11.04.2010
Selamat pagi. Saya ingin meminta kepastian tentang istilah yang digunakan dalam institusi sekolah berkaitan dengan rangkai kata "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Mana satukah yang paling tepat penggunaannya di sekolah. Kedua, apakah istilah yang paling tepat untuk penuntut yang berada di Prauniversiti. Adakah mereka ini dipanggil 'murid' atau 'pelajar'?1. Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman saudara, Bahasa Malaysia digunakan untuk mata pelajaran di sekolah .

2. Istilah yang sesuai digunakan bagi penuntut peringkat prauniversiti ialah pelajar.
Tatabahasa03.09.2013
Bagaimana perkataan 'pra persembahan' ditulis? adakah ia dijarakkan, didekatkan atau ditambah 'dash' seperti 'pra-persembahan'? adakah kata 'pra' mempunyai cara umum untuk menggunakannya?Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Seperti imbuhan lain, awalan pra- dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: prapersembahan, prasiswazah, prasangka, prauniversiti, dan prasarana. Lihat halaman 305-306 buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.05.2014

Kembali ke atas