Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.mium] | ڤريميوم

Definisi : (prémium) 1. (Eko) sejumlah wang dibayar secara tetap kpd syarikat insurans bagi sesuatu polisi insurans; 2. bayaran tam­bahan yg dibuat bagi sesuatu; 3. (Eko) amaun nilai saham yg lebih tinggi drpd harga tawaran asal (nilai tara) apabila saham itu mula di­senaraikan di Bursa Saham: syarikat itu mencatatkan ~ sebanyak 50 sen apabila dibuka pd harga RM2.00 berbanding dgn harga tawaran asalnya RM1.50 sesaham; 4. bermutu dan harganya lebih mahal sedikit (bkn sesuatu produk dsb): dia lebih suka menggunakan minyak petrol ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.mium] | ڤريميوم

Definisi : /prémium/ 1 wang yg diberikan sbg hadiah kerana melakukan kerja dgn baik dll; wang sagu hati. 2 wang insurans yg dibayarkan kpd syarikat insurans kerana memiliki sesuatu polisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata premium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SETEM PERDAGANGAN

Setem perdagangan ialah premium atau

bonus yang diberikan oleh peruncit kepada

pembeli barangan yang membeli secara tunai.

Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan

barangan lain ataupun untuk mendapatkan

diskaun daripada barang dagangan peruncit

tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual

setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh

menebus (menukar) setem tersebut untuk

mendapatkan pelbagai barangan seperti

perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.

Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi

setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan

untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli

perniagaan Amerika, Thomas Sperry,

menubuhkan syarikat setem perdagangan yang

pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan

setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat

yang memberikan setem ini untuk meningkatkan

hasil jualan.

UMUM 

Kembali ke atas