Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pri.ha.tin] | ڤريهاتين

Definisi : 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok; 2. Jw ber­dukacita atau kecewa yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat; 3. berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat se­suatu yg dicita-citakan; memprihatinkan 1. menimbulkan rasa meng­ambil berat, memberi perhatian; 2. menim­bulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang; keprihatinan 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prihatin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(prihatin terhadap, prihatin dengan, prihatin akan) kebajikan murid? Yang manakah betul?Jawapan yang betul ialah prihatin terhadap kebajikan murid.Tatabahasa29.03.2010
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang perbezaan antara prihatin tentang dengan prihatin terhadap. Yang manakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Ibu bapa prihatin tentang / prihatin terhadap pelajaran anak-anak di sekolah. 2. Ali prihatin tentang / terhadap keadaan kesihatan datuknya yang baru sembuh daripada penyakitnya.

Ayat yang betul ialah:

1. Ibu bapa prihatin tentang pelajaran anak-anak di sekolah.

2. Ali prihatin tentang keadaan kesihatan datuknya yang baru sembuh daripada penyakitnya.

Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur rujukan sesuatu yang tidak tentu, umum atau mujarad manakala kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadap terhadap orang tua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tokoh11.05.2021
Tuan, Manakah ayat di bawah adalah gramatis? a) Pihak majikan harus prihatin terhadap pekerja dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pekerja. b) Pihak majikan harus prihatin akan pekerja dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pekerja. Apakah perbezaan 'prihatin terhadap' dengan 'prihatin akan'? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Pihak majikan harus prihatin terhadap pekerja dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pekerja. Kata sendi nama akan lazimnya digunakan dalam ayat yang menyatakan unsur emotif, seperti saya sayang akan emak saya.
Tokoh03.10.2017
Cikgu, penggunaan di bawah yang manakah baru betul? 1. prihatan terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 2. prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 3. prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. Kata nama "persoalan" bukankah kata nama tak hidup abstrak? Bukankah patut menggunakan kata sendi nama "tentang" atau "mengenai" sedangkan kedua-dua kata sendi nama ini sama maksudnya.Ayat yang betul ialah "prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling" dan "prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling".

Tatabahasa13.05.2014
Dalam nilai murni, apakah perbezaan antara prihatin dengan mengambil berat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, prihatin bermaksud 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara 2. (Jawa) ber­dukacita atau kecewa yang amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yang amat sangat 3. berusaha (berikhtiar) dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat se­suatu yang dicita-citakan. Mengambil berat bermaksud memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (kepada atau terhadap sesuatu atau seseorang). Untuk makluman, DBP tidak mempunyai maklumat tentang perbezaan antara kedua-dau perkataan ini dalam nilai murni.Makna09.02.2014
Saya ingin tahu penggunaan kata yang betul : a. PERIHATIN atau PRIHATIN b.istilah BAHARU atau BARUEjaan yang betul ialah prihatin. Kata "baru" dan "baharu" kedua-duanya betul, namun penggunaannya mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa18.10.2011
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya?

Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya.

Tatabahasa04.09.2008
(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. boleh tak kata 'pada' dalam ayat di atas dgantikan dengan 'semasa'? mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan fungsi kedua-dua kata tersebut?Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada/semasa musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. - semasa juga boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana semasa bermaksud pada ketika/pada waktu.Tatabahasa05.05.2010
tuan 1. kerja-kerja pembaikan jambatan itu akan dijalankan oleh syarikat yang terlantik oleh kerajaan.(tuan, mengapakah terlantik tidak boleh digunakan?) 2. sehubungan dengan itu atau sehubungan itu? 3. dia begitu cermat dan prihatin ketika berbelanja. (kesalahan ialah prihatin..ini menimbulkan kekeliruan kepada saya.) 4. dia terpaksa berpindah mengikuti keluarganya setelah ayahnya membeli sebuah rumah baharu. ( kesalahan ialah mengikuti? tapi, kamus dewan mengikuti bermaksud 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada:maka, saya berasa waswas semasa menerang kepada pelajar saya.) terima kasih

1. Kata terbitan yang betul ialah dilantik, kata kerja pasif dan pelakunya orang ketiga (dari kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap). Kata kerja 'terlantik' tidak ada dalam contoh penggunaannya dalam sumber rujukan kami. 

2. Mengikut Kamus Dewan, istilah sehubungan bermaksud berkaitan dengan. Sehubungan dengan itu bermajksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa 'sehubungan itu' dan 'sehubungan dengan itu' sama, kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun, yang lebih tepat antara sehubungan itu dan sehubungan dengan itu ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.

3. Prihatin bermaksud mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara dan perkataan ini daripada aspek maknanya kurang tepat untuk menerangkan perbuatan berbelanja itu. 

4. Mengikuti seperti dalam kamus bermaksud turut di belakang orang seperti dalam ayat: Dia mengikuti ayahnya berjalan kakai ke masjid. Manakala mengikut bermaksud 'pergi bersama-sama dengan' dalam ayat ini berpindah bersama-sama dengan keluarganya bukan turut di belakang keluarganya sahaja. 

Tatabahasa31.03.2011
Saya ingin bertanya tentang perkataan "prihatin": 1) Masalah mendera kanak-kanak memprihatinkan para pemimpin negara. 2) Masalah mendera kanak-kanak diprihatinkan oleh para pemimpin negara. Soalan 1 dan 2, yang mana satukah yg betul? Atau kedua-duanya betul? Sila jelaskan.Ayat yang betul ialah Masalah penderaan kanak-kanak memprihatinkan para pemimpin negara.Tatabahasa17.02.2023
1234

Kembali ke atas