Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata primer;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUTAN PRIMER

Hutan Primer, hutan asal yang belum diganggu oleh aktiviti manusia di sesuatu kawasan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
TECHNICOLOR

Technicolor ialah proses berpaten untuk

membuat filem berwarna-warni. Proses ini

melibatkan pengeluaran tiga negatif hitam-putih

yang berasingan untuk satu babak. Setiap negatif

didedahkan kepada satu warna primer – merah,

biru, atau hijau – dari babak tadi.

UMUM 
MALNUTRISI

Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang

disebabkan oleh makanan yang tidak berzat,

makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak

dapat menyerap atau menggunakan zat makanan.

Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat

terlalu banyak makanan, tidak memperoleh

makanan yang cukup atau mendapat makanan yang

tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila,

disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh

menggunakan zat makanan walaupun zat makanan

itu terdapat dalam sesuatu makanan.

UMUM 
ORBIT

Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek

buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat.

Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk

secara khusus kepada laluan sebarang objek yang

pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek

lain. Ahli astronomi menamakan salah satu

daripada dua objek yang lebih berjisim itu

sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim

itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah

sekunder dan berpusing mengelilingi primernya,

bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang

bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal

angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau

planet lain, atau sekunder kepada bulan atau

matahari.

UMUM 
HUTAN SEKUNDER

Hutan sekunder ialah hutan yang tumbuh setelah hutan primer ditebang atau musnah akibat bencana alam atau gangguan lain.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna

Kembali ke atas