Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prio.ri.ti] | ڤريوريتي

Definisi : sesuatu yg didahulukan atau diutama­kan, keutamaan: dlm parti politik hal-hal kebudayaan diberi ~ yg rendah, hal-hal ekonomi lebih dipentingkan; walau apa pun bidang nyanyian merupakan ~nya; memprioritikan memberikan keutamaan atau mendahulukan sesuatu: program perjuangan Dr. Burhanuddin ~ usaha pembinaan jiwa merdeka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
prioriti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan keutamaan, kepentingan, kemustahakan, keperluan, penekanan, penegasan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, ingin bertanya mengenai penggunaan senggara & selenggara, saya telah baca semua q&a dan faham ia sisipan 'el' dan adalah varian spt guruh/gemuruh. Q: adakah ada prioriti/praktis/lebih formal/lebih baik penggunaan antara salah satu perkataan senggara/selenggara dalam tulisan spt panduan penggunaan, dokumen rasmi atau signage? atau diterima umum sbg 100% sama taraf penggunaan? terima kasih & selamat tahun baru 2022Kata “senggara” dan “selenggara” mempunyai maksud yang sama iaitu mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan. Dalam penulisan rasmi, kata “senggara” (menyenggarakan, disenggarakan, tersenggara, penyenggaraan dan penyenggara) dan "selenggara" (menyelenggara, menyelenggarakan, diselenggarakan, terselenggara, penyelenggaraan, selenggaraan dan penyelenggara) sama tarafnya dan boleh digunakan untuk merujuk maksud yang sama.   

Tatabahasa04.01.2022

Kembali ke atas