Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.duk.tif] | ڤرودوکتيف

Definisi : 1. berupaya atau boleh mengeluar­kan hasil yg banyak: perumahan boleh dianggap sbg industri ~ negara; penulis skrip yg ada sekarang adalah dlm peringkat umur yg ~; 2. mencapai banyak hasil, berhasil: perbincangan kami pd petang itu sangat ~; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur: umur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.duk.tif] | ڤرودوکتيف

Definisi : banyak mengeluarkan hasil (karya dsb): Beliau sangat ~ dan banyak menghasilkan novel. 2 berupaya membiak, melahirkan anak, atau menyebabkan kelahiran; subur: tempoh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
produktif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan berhasil, subur, banyak, lebat, berlimpah-limpah.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dependency rationisbah tanggunganGerontologiTiadaNisbah antara golongan yang tidak produktif dengan golongan yang produktif dari segi ekonomi.
unproductive labourburuh tak produktifEkonomiTiadaBuruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif.
seal-offpengedapKejuruteraanPetroleumPenembusan bendalir penggerudian ke dalam formasi produktif yang akan mengakibatkan terhalangnya aliran bendalir dari formasi ke dalam lubang telaga. Dengan demikian, formasi produktif tersebut tidak berpengeluaran ataupun pengeluarannya akan terganggu.
mal mustaghallahharta produktifPerniagaan IslamTiadaHarta yang dapat menjana hasil, seperti sewaan atau tanah yang dapat diusahakan. Dalam industri pengangkutan, harta dalam bentuk kapal terbang, kapal laut, lori atau kereta api digunakan dengan meluas untuk menjana pelbagai hasil. Dalam industri penternakan seperti ayam telur, ayam ialah mal mustaghallah sedangkan telur yang dihasilkan menjadi produk perniagaan. Begitu juga dengan mesin perkilangan yang digunakan untuk menghasilkan produk perniagaan. Dari perspektif zakat, harta produktif tidak tertakluk pada zakat, manakala hasil yang dijana daripada harta produktif akan ditaksirkan zakat atas nilai baki pada akhir haul dan bukan berdasarkan jumlah hasil yang dijana. Banding mal ghair mustaghallah.
mal ghair mustaghallahharta tak produktifPerniagaan IslamTiadaHarta yang tidak mendatangkan hasil serta tidak ditaksirkan zakat namun masih lagi mempunyai nilai dan boleh dijual, seperti bangunan usang, tanah gersang atau kilang yang tidak beroperasi. Harta sedemikian boleh bertukar menjadi harta yang produktif sekiranya diusahakan. Banding mal mustaghallah.
production packersimpai pengeluaranKejuruteraanPetroleumSimpai untuk menutup rapat-rapat ruangan di antara tetiub dengan selongsong semasa proses pengeluaran dan boleh digunakan sebagai pemisah di antara zon-zon produktif dengan zon-zon yang tidak produktif. Rujuk : simpai.
productiveproduktifLinguistikTiadaTiada
productiveproduktifPendidikanTiadaTiada
productiveproduktifPentadbiranTiadaTiada
unproductivetak produktifLinguistikTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas