Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sor] | ڤروفيسور

Definisi : (profésor) tenaga akademik yg paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi, mahaguru; ~ adjung gelaran kehormat kpd profesional, tokoh korporat dsb yg mempunyai kepakar­an dan berpengalaman luas dlm sesuatu bidang, yg dilantik sbg tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi; ~ diraja gelaran tertinggi yg dianugerahkan kpd seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong; ~ emeritus gelaran kpd profesor yg telah bersara sbg suatu penghormatan; ~ madya pensyarah yg tarafnya di bawah profesor di universiti; ~ pelawat profesor yg diundang mengajar dsb di universiti lain (biasanya di luar negara) utk suatu tempoh masa tertentu; penolong ~ pensyarah yg tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti; keprofesoran ciri (sifat, kewibawaan dsb) sbg profesor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sor] | ڤروفيسور

Definisi : /profésor/ pengajar yg tertinggi taraf jawatannya di universiti; mahaguru. ~ emeritus gelaran sbg penghormatan kpd profesor yg telah bersara. ~ madya pensyarah di universiti yg tarafnya di bawah profesor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk salutasi surat rasmi, jika penerima mempunyai nama gelaran YBhg. Profesor Madya Dr. xxx, adakah diletakkan sebagai YBhg. Profesor atau YBhg. Profesor Madya atau YBhg. Profesor Madya Dr.?Penggunaan sapaan yang betul ialah YBrs. Profesor Madya Dr.Tatabahasa06.03.2023
Tuan, 1. Saya ingin bertanya mengenai ejaan sebenar dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato', ejaannya adakah Y. Bhg. Dato', atau Yg. Bhg. Dato'? 2. Bolehkah saya gunakan dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato' digunakan untuk jawatan Profesor, Profesor Madya dan Tuan Haji?. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah YBhg. Dato' dan khusus kepada mereka yang mendapat gelaran Dato'/Datuk sahaja tak kiralah profesor atau siapa jua.Ejaan22.05.2008
SOALAN 1 seseorang yang mempunyai gelaran Profesor Dr. dan memegang jawatan dalam sesebuah jabatan, sekiranya penama perlu menandatangani surat adakah boleh diletakkan singakat gelaran seperti berikut atau sebaliknya: i. PROF. DR....... ii. PROFESOR DR...... SOALAN 2 dan di dalam surat rasmi untuk ayat bolehkah digunakan seperti berikut atau sebaliknya i. kerjasama dari pihak YBhg. Prof. Dr. ii. kerjasama dari pihak YBhg. Profesor Dr. Terima kasih. kerjasama dan maklum balas dari pihak YBhg. Profesor Dr. atau YBhg. Prof. Dr....1. Bentuk penulisan yang lazim ditemukan ialah Prof. Dr., walau bagaimanapun bukanlah satu kesalahan sekiranya  ejaan penuh Profesor Dr. digunakan.
2. Contoh penggunaan dalam surat: "Atas perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Prof. Dr., kami dahulukan ucapan terima kasih." atau "Atas perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Profoser Dr., kami dahulukan ucapan terima kasih."
Tatabahasa18.10.2019
Kematian Profesor Ungku Abdul Aziz, perlu disertakan penggunaan Allahyarham ataupun Almarhum?, kerana arwah juga adalah keluarga diraja Negeri JohorSekiranya kerabat diraja, penggunaan yang tepat ialah Almarhum. Walau bagaimanapun, Allahyarham boleh juga digunakan.Istilah16.12.2020
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Adakah terdapat perbezaan antara gelaran Prof. dan Prof. Dr.? Kerana terdapat doktor perubatan (Dr.) yang mendapat gelaran Profesor dan juga pensyarah biasa yang mendapat geraran Profesor.

 Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan dan 2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian. Sekiranya seorang doktor perubatan telah menghabiskan pengajian pada peringkat sarjana kehormat (PhD), beliau akan mendapat gelaran Dr. Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. 

Tatabahasa30.05.2014
assalamualaikum. saya hanya nak tanya apa maksud Profesor Adjung sekian terima kasih.Sdr. Profesor Adjung bermaksud seseorang yang tidak memegang sesuatu jawatan di institut pengajian tinggi tetapi dijemput untuk memberi ceramah atau mengajar dalam bidang tertentu yang menjadi kepakarannya. Ada juga penceramah atau tenaga pengajar ini yang dilantik secara kontrak.Tatabahasa09.09.2007
Salam tuan, Adakah gelaran Profesor Diraja yang dianugerahkan kepada Ungku Aziz dieja "Diraja" atau "DiRaja"? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Profesor Diraja Ungku Aziz .Ejaan07.06.2013
Saya ingin menyemak cara penulisan yang betul di bahagian tandatangan untuk surat-menyurat. Contoh: Yang benar PROFESOR TS SR DR MD YUSOF BIN HAMID atau PROFESOR Ts SR DR MD YUSOF BIN HAMID Soalan saya: Biasanya penulisan nama untuk tandatangan ditaip dengan semua HURUF BESAR. Adakah TS di taip dengan huruf besar (TS) atau huruf kecil (Ts)? Terima kasih.Cara penulisan yang betul sekiranya huruf besar digunakan ialah  PROFESOR TS. SR. DR. MD YUSOF BIN HAMID.Tatabahasa17.06.2022
Protokol penggunaan 'YBhg' - Adakah perlu diletakkan 'YBhg' dihadapan nama seorang Profesor yang tiada gelaran Dato'/Datuk/dsb?Rujukan kehormat untuk profesor ialah Yang Berbahagia. Ungkapan kehormat ini digunakan  secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah kehormatan negara, negeri, masyarakat mahupun anugerah dari pencapaian atau kelulusan akademik.Tatabahasa17.06.2013
12345

Kembali ke atas