Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.gram] | ڤروݢرم

Definisi : 1. rancangan yg menentukan dasar­dasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya mem­proses atau mengendalikan data secara ter­tentu, atur cara; memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. me­masukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien; pemprograman 1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.gram] | ڤروݢرم

Definisi : 1 rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. 2 susunan acara dlm sesuatu pertandingan sukan (majlis rasmi dll). 3 arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkan data diproses atau dikendalikan oleh komputer; atur cara. memprogramkan 1 mengatur atau menyusun rancangan, aktiviti dsb mengikut program: Semua aktiviti dlm kursus itu telah diprogramkan. 2 memasukkan program atau atur cara ke dlm komputer supaya sesuatu tugas dpt dijalankan mengikut arahan. pemprograman proses atau hal memprogramkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
program (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan rancangan, pelan, rencana, projek, skim, agenda, acara.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sesuaikah ayat ini : Program-program untuk dicapaiCadangan jawapan: Program-program yang perlu dicapai...Lain-lain20.09.2017
Apakah istilah yang paling sesuai bagi kaedah penilaian program "program theory-driven evaluation"?Tidak ada padanan dan istilah  "program theory-driven evaluation" dalam pangkalan data kami. Untuk makluman, kami juga merujuk kamus bahasa Inggeris seperti Webster dan Oxford tetapi tidak menjumpai maklumat tentang istilah berkenaan. Istilah06.06.2011
Assalammualaikum, saya ingin mengutarakan soalan mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, seperti yang saya maklum dibawah jabatan ini terbahagai kepada lima bahagian dan masing-masing mempunyai cara dan fungsi yang tersendiri. Soalan saya ialah seperti berikut: 1. Apakah peranan bagi setiap bahagian? 2. Pada tahun 2013 berapa program dan aktiviti yang telah diusahakan dan dijalankan oleh jabatan ini?

Jawapan soalan pertama iaitu, peranan setiap bahgian dalam Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP Kuala Lumpur termasuklah seperti yang berikut:

·    Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar Negara.

·    Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan.

·    Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu.

·    Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan.

·    Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera).

·    Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera.

·    Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri).

Untuk jawapan soalan kedua, DBP Kuala Lumpur tidak memberikan data jumlah keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera kepada pihak yang tidak berkepentingan. Sekiranya puan mempunyai keperluan untuk mendapatkan data tersebut, mohon puan menghantar permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah DBP dengan menyatakan justifikasi maklumat tersebut diperlukan. Surat permohonan rasmi boleh terus dihantar kepada YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP Kuala Lumpur, Aras 30, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain24.03.2014
Saya nak tahu penggunaan yang betul atas perkataan diatas / di atas apa perbezaannya. contohnya sekiranya ayatnya begini: diatas program-program yang dilaksanakan oleh (perkataan diatas tersebut harus dijarakkan ataupun tidak) kerana dalam pegetahuan saya "di" kalau dijarakkan hanya menunjukkan tempat.Di atas mesti dieja dua perkataan dan merujuk tempat, berkemungkinanan kekeliruan timbul sama ada hendak menggunakan kata atas atau di atas. Dalam contoh yang diberi kata yang betul ialah; atas program-program yang dilaksanakan ...Tatabahasa02.12.2008
Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih.

Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum

Tatabahasa30.06.2008
Dalam penulisan siaran media kami mengenai program-program hiburan, bagaimana harus kami terjemah 'Gameshow' dalam Bahasa Melayu? Contohnya, Clever Girl is a Gameshow that....Padanan istilah yang sesuai untuk perkataan Game Show ialah Rancangan Mainan AkalIstilah22.02.2019
Adakah tepat terjemahan saya seperti berikut:- (1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import (2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung (3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri (4) Mission Participation Incentive = Galakan Penyertaan Misi Nota: Program-program di atas berkaitan import kayu-kayan dari luar ke Semenanjung Malaysia oleh sebuah agensi kerajaan.(1) Import Assistance Programme = Program Bantuan Import
(2) Direct Sourcing Programme = Program Penyumberan Langsung
(3) Industrial Testing Programme = Program Uji Cuba Industri
Kami bersetuju dengan ketiga-tiga cadangan terjemahan di atas. Cadangan terjemahan keempat dibetulkan kepada Galakan Misi Penyertaan kerana misi penyertaan membawa makna yang lebih tepat berbanding dengan penyertaan misi. Walau bagaimanapun perkara ini perlulah dilihat semula oleh pihak tuan.
(4) Mission Participation Incentive = Galakan Misi Penyertaan
Penyemakan dan penterjemahan08.12.2017
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH Soalan- Adakah ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan sebagai tajuk sesuatu majlisTajuk yang sesuai digunakan:

1. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH
2. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH
Lain-lain08.02.2018
Assalamualaikum, boleh nyatakan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh DBP dalam memertabatkan bahasa Melayu di Malaysia? dan apakah cabaran yang paling utama sehingga mengkehendaki DBP meneruskan program-program memertabatkan bahasa Melayu terutama sekali di bawah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera? Terima Kasih.Banyak cabaran yang dihadapi oleh DBP khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Antara faktor utama ialah isu globalisasi yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai ranah kehidupan. Ditambah pula, dengan kewujudan institusi pendidikan swasta yang seolah-olah meminggirkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikannya. Oleh itu, DBP mengharapkan pihak yang berwewenang perlu memahami dan komited dalam menjayakan dasar bahasa negara. Apatah lagi bahasa Melayu telah disepakati sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014
ADAKAH PERLU KITA MELETAKKAN TANDA PEMBUKA KATA = ' ' UNTUK NAMA PROGRAM. CONTOHNYA 'PROGRAM CELIK WANG'. ADAKAH PERLU? TERIMA KASIHBoleh dibubuh tanda petik (" ") bagi nama program, seperti Persatuan Penduduk Taman Keramat akan menganjurkan program "CELIK AL-QURAN" pada minggu hadapan.Tatabahasa09.05.2016
12345678910...

Kembali ke atas