Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.gré.sif] | ڤروݢريسيف

Definisi : (progrésif) 1. menuju ke arah per­baikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, ber­peringkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.gré.sif] | ڤروݢريسيف

Definisi : /progrésif/ sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: parti politik yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
progresif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan maju, berkembang, membangun, moden, terkedepan;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEMOKRAT PROGRESIF

Demokrat Progresif ialah parti politik yang

ketiga terbesar di Republik Ireland. Parti ini

ditubuhkan pada bulan Disember 1985 oleh dua

orang anggota Dáil Éireann (parlimen Ireland),

Desmond O’Malley dan Mary Harney.

UMUM 
O'MALLEY, DESMOND

O’Malley, Desmond (1939– ) ialah pengasas

Demokrat Progresif, iaitu parti politik di Republik

Ireland. O’Malley menjadi anggota Fianna Fáil,

tetapi dibuang pada tahun 1985 selepas berucap

menentang barisan parti dalam membahaskan

perancangan keluarga. Dia membentuk Demokrat

Progresif pada awal tahun berikutnya dan

mengepalai parti itu sehingga tahun 1993. Pada

tahun 1989, Demokrat Progresif dan Fianna Fáil

membentuk kerajaan campuran, dan O’Malley

menjadi menteri bagi perindustrian dan

perdagangan sehingga tahun 1992.

UMUM 
DAVIES, SIR PETER MAXWELL

Davies, Sir Peter Maxwell (1934– ),

penggubah dan pemimpin pancaragam British.

Gubahannya terkenal kerana mutu yang progresif

dan ditulis dalam ungkapan moden yang tersendiri.

UMUM 
MULRONEY, BRIAN

Mulroney, Brian (1939– ) ialah perdana

menteri Kanada dari tahun 1984 hingga tahun 1993.

Mulroney telah dipilih sebagai ketua Parti

Konservatif Progresif pada bulan Jun 1983. Sebelum

dia menjadi ketua parti tersebut, Mulroney ialah

peguam dan eksekutif perniagaan dan tidak pernah

memegang jawatan awam. Walaupun demikian, dia

berjaya memimpin Parti Konservatif hingga

memenangi pilihan raya tahun 1984.

UMUM 

Kembali ke atas