Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.gré.sif] | ڤروݢريسيف

Definisi : (progrésif) 1. menuju ke arah per­baikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, ber­peringkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.gré.sif] | ڤروݢريسيف

Definisi : /progrésif/ sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: parti politik yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
progresif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan maju, berkembang, membangun, moden, terkedepan;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
progressive taxcukai progresifEkonomiTiadaCukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin tinggi apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Cukai progresif bertujuan supaya beban cukai lebih ditanggungi oleh golongan berpendapatan tinggi. Sinonim cukai pendapatan progresif.
progressive income taxcukai pendapatan progresifEkonomiTiadaLihat cukai progresif.
progressive osteolysisosteolisis progresifPerubatanTiadaPenyakit yang jarang terjadi, bercirikan pengresoban tulang secara spontan dan progresif sehingga kesemua tulang lenyap. Sinonim: osteolisis leluasa.
progressive muscular atrophyatrofi otot progresifPerubatanTiadaSejenis penyakit neuron motor yang kronik yang ditandai dengan pengecilan otot secara progresif, yang mengakibatkan kelumpuhan. Penyebabnya tidak diketahui, tetapi degenerasi terjadi pada neuron motor atas dan bawah. Sin: atrofi otot spina, penyakit neuron motor
progressive wavegelombang progresifSains MarinTiadaGelombang yang dijana di sepanjang alur penuh air atau merentasi permukaan laut yang terdedah. Gelombang progresif merupakan gelombang anjakan zarah-zarah dalam medium berserenjang ke arah gelombang yang bergerak.
progressive JPEGJPEG progresifTeknologi MaklumatTiadaSpesifikasi fail grafik JPEG yang telah ditambah/ditingkatkan dan setara dengan GIF selang-seli. Paparan imej JPEG progresif beransur-ansur meresap jelma pada pelayar Web. Paparan imej semakin bertambah jelas sehingga keseluruhan fail selesai dimuat turun. Jenis grafik ini sesuai digunakan untuk menghantar imej dengan menggunakan modem (kelajuan rendah).
progressivismprogresivismeSejarahTiada1. Prinsip dan amalan yang dianuti oleh ahli progresif.,2. Doktrin politik dan ekonomi yang diperjuangkan oleh golongan progresif.
progressive reaction modelmodel tindak balas progresifKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel bagi tindak balas zarah pepejal bukan mangkin dengan gas bahan tindak balas di sekelilingnya. Gas memasuki zarah dan bertindak balas sepanjang masa pada kadar yang berlainan bergantung pada kedudukannya di atas zarah. Oleh itu, zarah pepejal digunakan secara progresif dalam tindak balas.
progressive scanimbas progresifTeknologi MaklumatTiadaTeknik mengimbas imej yang mengumpul data dan memprosesnya pada setiap baris imbasan satu demi satu mengikut turutan. Teknik ini merupakan sistem penyegaran bukan selang-seli yang menghapuskan kerlipan pada monitor CRT. Sistem ini menghantar maklumat kepada setiap piksel pada skrin secara berturutan - kiri ke kanan, atas ke bawah - untuk menjana imej. Imbas progresif menjana imej yang lebih berkualiti berbanding imbas selang-seli.
sarcoidosissarkoidosisPerubatanTiadaSejenis retikulosis granulomatus umum progresif dan kronik yang tidak diketahui etiologinya, melibatkan hampir mana-mana organ atau tisu, termasuk kulit, peparu, nodus limfa, hati, limpa, mata dan tulang-tulang kecil tangan dan kaki. Secara histologi, penyakit ini dicirikan dengan tuberkel-tuberkel sel epitelioid yang tidak berkaseasi di dalam kesemua organ dan tisu yang terlibat. Bentuk akutnya bermula secara mendadak dan dengan kadar pemulihan sementara yang spontan, manakala bentuk kroniknya pula bermula sedikit demi sedikit dan menjadi semakin progresif.
12345678910...

Kembali ke atas