Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata proprietari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proprietaryproprietariPerubatanTiadaTiada
MCA (microchannel architecture )MCA (seni bina saluran mikro)Teknologi MaklumatTiadaProprietari bas 32 bit yang diperkenalkan oleh IBM untuk komputer peribadi PS/2.
generic drug namenama ubat generikPerubatanTiadaNama rasmi ubat yang tercatat dalam farmakopia dan juga dikenali sebagai nama tak proprietari antarabangsa (International nonproprietary name). Nama ini ditentukan oleh Persatuan Farmasi Amerika dan didaftarkan di bawah United State Adopted Names (USAN). Nama generik perlu diutamakan dalam menulis preskripsi. Contohnya, Paracetamol, Propranolol dan Omeprazol. Sinonim nama drug generik.
cinchophen poisoningkeracunan sinkofenKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan sinkofen, iaitu ubat yang terkenal pada masa lampau sebagai agen analgesik, antipiretik, dan urikosurik dalam rawatan gout, dan masih digunakan dalam perubatan paten, campuran proprietari, dan preskripsi. Dos maut akut ialah 5 g - 30 g, walaupun kematian akibat kerosakan hati boleh terjadi dengan dos berulang serendah 1 g sehari selama 1 - 2 minggu. Tanda utama keracunan ialah hiperpnea, asidosis, dan demam kuning. Keracunan akut menyebabkan kerengsaan gastrousus, sakit epigastrik, anoreksia, cirit-birit, muntah, hiperpnea, tinitus, hipertelmia, delirium, konvulsi, dan koma. Keracunan kronik menyebabkan demam kuning, anoreksia, sakit abdomen, dan pembesaran hati yang menyakitkan. Dalam masa 1 - 4 minggu, saiz hati mengurang, asites abdomen terbentuk, dan pesakit mungkin mati semasa koma disebabkan kerosakan hati. Penemuan patologi ialah atrofi akut kuning hati dan degenerasi lemak dalam buah pinggang dan jantung.
open systemSistem terbukaTeknologi MaklumatTiadaSistem bebas vendor yang direka bentuk untuk berhubung dengan pelbagai jenis produk. Sistem ini memiliki salah satu daripada ciri berikut iaitu mudah alih, saling boleh operasi atau bebas dari piawai proprietari. kerana sistem ini mengguna pakai piawaian yang telah dipersetujui oleh pelbagai pihak. Sistem terbuka lazimnya merujuk sistem pengendalian berasaskan UNIX kerana UNIX boleh dijalankan pada pelbagai jenis komputer berbanding sistem pengendalian yang lain seperti Windows (vendor Microsoft), MacOS (vendor Apple) dan MVS (vendor IBM).

Kembali ke atas