Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.tés] | ڤروتيس

Definisi : (protés) pernyataan tidak setuju dgn sesuatu dasar (usul dll), sanggahan, sangkalan, tentangan; memprotes menyatakan tidak bersetuju, menentang, menolak, menyanggah, menyang­kal: apabila ini tidak dipatuhi, kedua-dua pihak, kerajaan dan rakyat akan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.tés] | ڤروتيس

Definisi : /protés/ pernyataan tidak setuju atau menyangkal sesuatu dasar, keputusan dll. memprotes menyatakan tidak setuju; membantah; membangkang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
protes (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bantahan, bangkangan, sangkalan, tentangan, sanggahan;,
Kata Terbitan : memprotes, pemprotes,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Antara 5 ribu dan 10 ribu orang menghadiri protes itu" atau "Antara 5 ribu hingga 10 ribu orang menghadiri protes itu"? Manakah ayat yang betul?Frasa yang betul ialah "Antara 5 ribu hingga 10 ribu orang yang menghadiri protes itu" Tatabahasa19.10.2020
Apakah yang dimaksudkan dengan "perkataan pinjaman" dengan "gugus konsonan"?Perkataan pinjaman ialah kata yg telah di­gunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain;

Manakala gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya  kl dalam klasik dan pr dalam protes.
Tatabahasa07.05.2014
Selamat petang tuan. Hari ini saya ingin bertanya mengenai gugus konsonan. Adakah gugus konsonan bermaksud dua atau lebih konsonan yang hadir berturut-turut atau bersama-sama dalam binaan KK(Konsonan+Konsonan)? Contohnya, binaan perkataan "stor" ialah KKVK (adakah binaan "stor" memang KKVK? Tolong semak adakah saya salah atau tidak. Jadi, huruf s dan t dalam kata “stor" ialah gugus konsonan? Harap tuan berikan penjelasan yang selanjutnya. Jasa tuan amat dihargai. Terima kasih!Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya  kl dalam klasik dan pr dalam protes. Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul.Tatabahasa27.06.2014

Kembali ke atas