Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.tés] | ڤروتيس

Definisi : (protés) pernyataan tidak setuju dgn sesuatu dasar (usul dll), sanggahan, sangkalan, tentangan; memprotes menyatakan tidak bersetuju, menentang, menolak, menyanggah, menyang­kal: apabila ini tidak dipatuhi, kedua-dua pihak, kerajaan dan rakyat akan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.tés] | ڤروتيس

Definisi : /protés/ pernyataan tidak setuju atau menyangkal sesuatu dasar, keputusan dll. memprotes menyatakan tidak setuju; membantah; membangkang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
protes (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bantahan, bangkangan, sangkalan, tentangan, sanggahan;,
Kata Terbitan : memprotes, pemprotes,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protes rockrock protesMuzikTiada

 Muzik rock tahun 1960-an yang wujud akibat daripada bantahan peperangan Vietnam dan hak sivil orang kulit hitam. Contoh penyanyi muzik ini ialah Bob Dylan, Joan Baez dan Peter Paul and Mary.

protest notesurat protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan protes yang dijalankan dalam bentuk nota atau surat. Nota ini akan diserahkan kepada pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti oleh individu, kumpulan atau organisasi sebagai membantah suatu dasar yang dilaksanakan oleh badan tersebut. Surat protes ini menyatakan sebab-sebab bantahan dan memaklumkan kehendak mereka. Surat ini boleh diserahkan melalui pos atau dengan tangan secara beramai-ramai kepada pihak berkenaan. Contohnya, nota yang diserahkan oleh ABIM kepada kedutaan Amerika Syarikat sebagai bantahan mereka terhadap tindakan tentera negara tersebut menyerang Iraq pada tahun 2003.
protestprotesSains PolitikHubungan AntarabangsaPernyataan tidak puas hati yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap negara lain akibat sesuatu tindakan yang dirasakan merugikannya. Protes biasanya dilakukan secara bertulis terhadap negara yang diprotes melalui saluran tertentu seperti melalui diplomatik dan media massa. Protes juga diajukan kepada pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam perkara yang dibangkitkan. Contohnya, Malaysia memprotes tindakan Singapura menambak laut yang berhampiran dengan tambak Johor kerana menjejaskan kehidupan marin di perairan Johor.
protest movementgerakan protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq.
masculine protestprotes kelelakianPsikologiTiadaTiada
protest poetrypuisi protesKesusasteraanTiadaTiada
protest notesurat protesSains PolitikTiadaTiada
protest movementsgerakan protesSains PolitikTiadaTiada
protest notesurat protesSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
protest movementgerakan protesSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12

Kembali ke atas