Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata proto-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMELAI

SEMELAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Melayu-Proto.  Masyarakat ini terdapat di bahagian selatan negeri Pahang dan utara Negeri Sembilan. Orang Semelai merupakan suku kaum yang ketiga besar dalam rumpun Melayu-Proto selepas Temuan dan Jakun.  Kedatangan orang Semelai ke negara ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ramai orang Semelai percaya bahawa nenek moyang mereka berasal dari Sumatera.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ORANG TEMUAN

ORANG TEMUAN, kelompok orang Melayu-Proto. Mereka juga dikenal sebagai orang Melayu Asli dan Jakun. Kebanyakan kelompok ini boleh ditemui se Selangor dan Negeri Sembilan. Perkataan ‘temuan’ diperkenalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) selepas banci penduduk pada tahun 1960.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
JAKUN

JAKUN,  suku kaum Orang Asli. Masyarakat ini digolongkan dalam rumpun bangsa Melayu Asli atau Melayu proto.  Perkataan ‘jakun’ merupakan satu konsep budaya yang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk masyarakat ini.  Pada asalnya, konsep ‘jakun’ digunakan untuk merujuk semua kaum Melayu Asli. Konsep ‘jakun’ merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jah’ atau ‘jak’ yang bermaksud ‘orang’, dan ‘kun’ bermaksud ‘liar’, ‘mundur’ dan seumpamanya.  Konsep ‘jakun’ ini kurang disenangi kerana mengandungi pengertian dan konotasi yang negatif.  Orang Jakun turut dikenal dengan panggilan lain seperti Orang Hulu, Orang Darat, Orang Dusun dan Orang Dalam.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PENYEBARAN BAHASA MELAYU

PENYEBARAN BAHASA MELAYU, pengembangan bahasa Melayu yang dilakukan oleh orang Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa Melayu Proto dan kemudian Melayu Deutero. Mengikut kajian arkeologi dan rekonstruksi bahasa serta perbandingan bahasa, bangsa dan bahasa Melayu ini berasal dari barat daya negara China dan kemudian berpindah ke selatan iaitu ke Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan dan seterusnya ke daerah lain di Nusantara.

BAHASAKegiatan
BALAI

BALAI, tempat ketua-ketua masyarakat bermesyuarat, atau tempat upacara-upacara adat dilakukan. Balai sudah digunakan sejak zaman masyarakat penutur-penutur bahasa Proto Austronesia. Pada zaman terawal kerajaan Sriwijaya, balai mula mempunyai sejarah perkembangannya. Ini disebabkan adanya perubahan kepimpinan yang melibatkan penubuhan institusi beraja hasil daripada pertembungan kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Hindu.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
ORANG KANAQ

ORANG KANAQ, suku kaun Orang Asli daripada kelompok Melayu Asli atau Melayu Proto yang terdapat di negeri Johor. Istilah ‘kanaq’ diperkenalkan oleh masyarakat ini tanpa sebarang penjelasan maksud. Mereka bertutur dalam dialek Kanaq di kalangan mereka dan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan orang luar.

Sejarah Asal Usul Orang Kanaq dari sebuah pulau di Kepulauan Riau, Indonesia dan dipercayai berhijrah ke Johor lebih kurang dua abad yang lalu. Mereka mengakui Kepulauan Riau merupakan tanah asal mereka dan mendakwa mempunyai saudara-mara di sana. Seramai 150 orang Kanaq dikatakan melarikan diri daripada orang Belanda ketika Belanda menyerang kerajaan Riau. Oleh sebab mereka menjadi hamba kepada Sultan Riau, mereka bersama-sama Sultan Riau melarikan diri ke Tanah Besar dan mendarat di Johor.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas