Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.ton] | ڤروتون

Definisi : akronim bagi Perusahaan Otomobil Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.ton] | ڤروتون

Definisi : zarah bercas positif yg membentuk nukleus atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.ton] | ڤروتون

Definisi : ist zarah bercas positif yg membentuk sebahagian drpd atom. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata proton


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Proton bermutu bagus./ Kereta Proton bermutu bagus. perlu letak kereta di depan Proton? 2) Murid-murid menonton pertandingan kompang. adakah penggunaan menonton pertandingan sesuai? 3) bermain kompang atau memukul kompang? 4) bagaimanakah penggunaan "bermandi peluh"? cth: a) Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh. 5) ladang teh / ladang daun teh? 6) Saya berkelah di air terjun. Saya berkelah di tepi air terjun. Yang manakah betul? 7) Yang manakah berikut ayat majmuk: a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah.

Saudara,

1. Kereta Proton bermutu bagus/tinggi.
2. Murid-murid menonton pertandingan kompang - Boleh digunakan dalam ayat. Namun untuk maksud yang lebih gramatis gunakan 'menyaksikan'
3. Memukul kompang
4.
Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh - Kesemua penggunaan 'bermandi peluh' dalam ayat adalah betul.
5.  ladang teh
6. Saya berkelah di tepi air terjun
7.
a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah - kesemua ayat yang dikemukakan merupakan ayat majmuk (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut)

Tatabahasa06.10.2012
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.

Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil.  Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama.
Tatabahasa15.01.2013
1)Ibu memandu kereta (pergi ke) pejabat. 2)Ibu memandu kereta( ke) pejabat. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? -------------------------------------------- a)Ibu memandu kereta Proton. b)Ibu memandu Proton Saga. c)Ibu memandu kereta Proton Saga. d) Ibu memandu kereta buatan Malaysia. Adakah kesemua ayat ini betul? Terima kasih.Kesemua ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa10.10.2013
Salam. Bagaimanakah menggunakan perkataan "masing-masing" dengan betul? 1. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah 19 dan 9 masing-masing. 2. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. 3. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah masing-masing 19 dan 9.Penggunaan yang betul ialah Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9.Tatabahasa29.07.2019
Ayat yang manakah betul: 1. Ayah memandu kereta Proton Saga. 2. Ayah memandu Kereta Proton Saga. 3. Abang menyimpan buku di dalam beg Adidas. 4. Abang menyimpan Beg Adidas.

Ayat yang  betul ialah  1. Ayah memandu kereta Proton Saga dan  2. Abang menyimpan buku di dalam beg Adidas.



Tatabahasa08.07.2021
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu.Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata   nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal.

Ayat 2: Betul

Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia.

Ayat 4: Betul

Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". 
Tatabahasa24.04.2019
Adakah Iriz perkataan bahasa melayu? rujukan yang dibuat pada laman web ini menunjukkan 'Proton Iriz' mendaftarkan perkataan ini pada 17 September 2014. Soalan saya, bolehkah mana-mana individu mereka satu perkataan dan kemudian mendaftarkannya sebagai perkataan bahasa melayu?Iriz bukanlah bahasa Melayu. Iriz ialah kata nama khas yang telah dipatenkan oleh Proton untuk produk syarikat mereka. DBP tidak mengesahkan penamaan khas yang telah didaftarkan/dipatenkan dan dalam data kami hanyalah maklumat tentang iklan kenderaan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan28.09.2014
1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Adakah ketiga-tiga ayat di atas ini betul? Kalau salah tolong terangkan kesalahan pada ketiga-tiga ayat tersebut. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. bolehkah perkataan "halaman" digunakan dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. Adakah perkataan 'pelancong' dalam ayat ini betul? 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. Adakah kegunaan perkataan 'telefon' dalam ayat ini betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. "kokurikulum" dalam ayat ini betul tak? semua ayat ini dikatakan salah dalam buku kerja yang saya gunakan, saya minta tuan terangkan apakah kesalahan dalam ayat-ayat tersebut. saya tidak faham apakah kesalahannya. sekian terima kasih.

1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Ketiga-tia ayat tersebut betul dan tiada kesalahan.

4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. - halaman menunjukkan kawasan perkarang rumah, oleh itu kata halaman tidak sesuai dalam ayat ini.

5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. - perkataan pelancon boleh digunakan dalam ayat ini.

6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. - Penggunaan perkataan telefon adalah betul.

7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. - Penggunaan perkataan kokurikulum dalam ayat ini adlah betul.

Tatabahasa07.12.2009
Bagaimana ejaan jawi untuk PROTON EDAR BRANCH

ڨروتون ايدر برنچ

Ejaan22.08.2019
Betulkah ayat 1.Kereta itu ialah Proton Perdana. 2.Permainam golf ialah sukan yang mahal. 3. hadiah itu adalah untuk ibu dan ayah. 4. Rumahnya ialah yang berwarna merah.Ayat tersebut betul kecuali ejaan permainan dalam ayat no. 2 perlu dibetulkan.Tatabahasa18.08.2010
123

Kembali ke atas