Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.vin.si] | ڤروۏينسي

Definisi : daerah yg di bawah jagaan seorang gabenor wilayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata provinsi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROVINSI UTARA

Provinsi Utara ialah provinsi yang paling utara

di Afrika Selatan. Ia berkongsi sempadan negeri

dengan Botswana, Zimbabwe, dan Mozambique,

dan sempadan provinsi dengan North West,

Gauteng, dan Mpumalanga. Provinsi ini diasaskan

pada 27 April 1994 sebagai Transvaal Utara. Pada

tahun 1995, namanya bertukar menjadi Provinsi

Utara. Bandar dan pekan utama ialah Pietersburg,

Seshego, Namakgale, dan Mahwelereng.

UMUM 
PROVINSI ATLANTIK

Provinsi Atlantik ialah empat provinsi Kanada,

iaitu New Brunswick, Newfoundland, Nova Scotia,

dan Pulau Prince Edward. Tiga daripada provinsi

ini – New Brunswick, Nova Scotia, dan Pulau Prince

Edward – kadangkala dikenali sebagai provinsi

Maritim.

UMUM 
PROVINSI

Provinsi pada zaman Rom, ialah kawasan yang

ditakluki dan diperintah oleh seorang pegawai dari

Rom. Kemudiannya negeri-negeri merdeka yang

bersatu untuk membentuk sebuah negara biasanya

menamakannya provinsi. Contohnya ialah Provinsi

Bersatu Holland. Kemudiannya, negeri-negeri yang

merdeka juga dibahagikan kepada wilayah yang

dikenali sebagai provinsi.

UMUM 
NEWFOUNDLAND

Newfoundland (pend. 568 474) merupakan

provinsi Kanada yang paling baru. Provinsi ini

termasuklah pulau Newfoundland dan pantai

Labrador , sebahagian daripada tanah besar

Kanada. Newfoundland menjadi sebuah provinsi

Kanada pada tahun 1949. St. John merupakan ibu

provinsi dan bandar yang terbesar di

Newfoundland . Bandar yang sibuk ini adalah

antara komuniti yang tertua di Amerika Utara.

Ketam, udang karang dan kekapis hidup di

sepanjang pantai Newfoundland.

UMUM 
NORTH WEST

North West ialah satu daripada sembilan provinsi

di Afrika Selatan. Ia disempadani oleh Botswana di

utara. Provinsi ini ditubuhkan pada 27 April 1994. Ia

termasuk bahagian bekas provinsi Transvaal dan

Cape dan kebanyakan bekas tanah air

Bophuthatswana . Mmabatho ialah ibu provinsi North

West. Bandar utama dan pekannya adalah Mafikeng,

Kelrksdorp, Potchefstroom, dan Rustenburg.

UMUM 
KWAZULU-NATAL

KwaZulu-Natal ialah salah satu daripada

sembilan provinsi di Afrika Selatan. Ia wujud

pada 27 April 1994. Provinsi ini terletak di pantai

timur Afrika Selatan, dan berkongsi sempadan

negara dengan Swaziland dan Mozambique di

sebelah utara, dan Lesotho di sebelah barat.

Ia juga berkongsi sempadan provinsi dengan

Mpumalanga, Free State, dan Cape Timur.

Provinsi ini termasuk bekas provinsi Natal dan

tanah air KwaZulu.

UMUM 
MUNSTER

Munster ialah provinsi terbesar daripada empat

provinsi yang terdapat di Ireland. Munster terletak

di selatan Republik Ireland dan merangkumi lebih

daripada satu per tiga daripada kawasan negara

tersebut. Munster mempunyai enam kaunti, iaitu

Clare, Cork, Kerry, Limerick, Tipperary, dan

Waterford. Munster ialah kawasan ladang tenusu

utama Republik Ireland. Tiga daripada lima bandar

terbesar Ireland terdapat di Munster, iaitu Cork,

Limerick, dan Waterford.

UMUM 
ONTARIO

Ontario (pend. 10 084 885) ialah provinsi Kanada.

Kira-kira satu per tiga daripada penduduk Kanada

tinggal di Ontario. Industri perkhidmatan

mendatangkan pendapatan yang besar kepada

Ontario. Industri pembuatan di Ontario

mengeluarkan keluaran yang sama banyak

dengan keluaran sembilan provinsi lain yang

digabungkan. Ontario merupakan provinsi

pertama antara provinsi Kanada yang meraih

pendapatan melalui pertanian dan menduduki

tempat kedua selepas Alberta dalam bidang

perlombongan. Ontario mempunyai lombong

nikel, uranium, dan emas.

UMUM 
ALBERTA

Alberta (pend. 2 545 533) ialah provinsi di barat

Kanada dan salah satu kawasan pengeluaran

minyak yang paling besar di Amerika Utara. Lebih

kurang 80 peratus daripada minyak Kanada dan

lebih kurang 90 peratus daripada gas asli Kanada

datangnya dari provinsi ini.

UMUM 
NOVA SCOTIA

Nova Scotia (pend. 899 942) merupakan salah satu

daripada empat buah Provinsi Atlantik Kanada. Ia

termasuk semenanjung tanah besar Kanada dan

juga Pulau Cape Breton.

Industri perkhidmatan merupakan aktiviti

ekonomi yang utama di Nova Scotia. Industri

perkhidmatan ini termasuk pendidikan, kerajaan,

dan hotel serta restoran. Pemprosesan makanan juga

penting kepada ekonomi provinsi ini. Halifax ialah ibu

negeri Nova Scotia. Lihat Kanada.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas