Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pua/] | ڤواق

Definisi : 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pua/] | ڤواق

Definisi : kumpulan orang yg mempunyai sifat (fahaman dll) yg sama; golongan; kaum: Di Sarawak, terdapat beberapa ~ yg berbeza cara hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puak (kata nama)
1. Bersinonim dengan kelompok: kumpulan, golongan, pasukan, tim, pihak, belah, kalangan, kerabat, marga kobok, etnik,

2. Bersinonim dengan kaum: suku, bangsa, ras, komuniti, masyarakat, keturunan, bani, mujtamak,

Kata Terbitan : berpuak-puak, mempuak-puakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGLO-SAXON

Anglo-Saxon ialah anggota puak-puak Jermanik

yang menetap di kawasan yang kini dinamakan

England pada tahun 400-an dan 500-an. Puak-puak

ini ialah Angle, Saxon, dan Jute.

UMUM 
PONTIAC

Pontiac (1720?–1769) ialah ketua suku puak Ottawa.

Dia merupakan seorang pemimpin kaum Orang Asli

Amerika yang penting pada tahun 1760-an. Pontiac

cuba menyatukan puak-puak di kawasan Tasik-tasik

Besar dan lembah Ohio dan Mississippi untuk

mengekalkan kekuasaan kaum Orang Asli Amerika

di kawasan itu.

UMUM 
PUAK

Puak ialah istilah yang digunakan untuk

menyatakan kumpulan sosial manusia tertentu.

Kebanyakan sarjana tidak menyukai akan istilah ini

kerana ia tidak mempunyai erti yang tepat dan

telah digunakan secara meluas kepada kumpulan

yang amat berbeza. Tambahan pula, ada yang

mengatakan perkataan puak itu menjijikkan dan

tidak tepat. Kebanyakan orang lebih menggemari

perkataan yang lebih neutral seperti kumpulan

etnik, negara atau orang .

UMUM 
ANGLE

Angle merupakan salah satu daripada tiga puak

Jermanik yang menyerang Britain pada tahun 400

hingga 500 M. Dua puak yang lain ialah Jute dan

Saxon, yang mempunyai hubungan darah yang

rapat dengan puak Angle.

UMUM 
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 
ORANG SABIN

Orang Sabin ialah anggota puak purba Itali.

Puak Sabin tinggal di timur laut Rom, dan adalah

antara nenek moyang orang Rom.

UMUM 
ZEBULUN

Zebulun ialah nama satu daripada 12 puak orang

Israel. Puak ini menduduki kawasan di barat daya

Galilee, di utara Dataran Esdraelon.

UMUM 
KUDA

Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling

berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa

dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang

paling pantas dan yang paling pasti untuk

mengembara di darat. Pemburu yang menunggang

kuda mengejar haiwan dan membunuhnya

untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak

nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria

Zaman Pertengahan menyerang dengan

menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka

Eropah menggunakan kuda semasa mereka

menjajah Afrika, Amerika dan India.

UMUM 
MZILIKAZI

Mzilikazi (c. 1795–1868) ialah pengasas negara

Ndebele, yang kini dikenali sebagai Zimbabwe.

Dia ialah ketua puak Khumala yang tinggal

berdekatan hulu Sungai Mkuze di Zululand pada

awal tahun 1800-an. Ndebele mengasaskan

empayar yang kuat dengan menghancurkan dan

menyerapkan kebanyakan puak Sotho dan

kemudiannya puak Tswana. Mzilikazi telah

mengetuai pengikutnya menyeberangi Limpopo

dan ke bukit Matopo, di Zimbabwe, tempat

mereka membina perkampungan tetap di situ.

UMUM 
PERJANJIAN PANGKOR

PERJANJIAN PANGKOR (1874), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, pembesar-pembesar Hilir Perak, ketua puak Hai San dan ketua puak Ghee Hin. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874 di Pulau Pangkor, Perak.  Perjanjian Pangkor termeterai ekoran perebutan takhta kerajaan Perak dan kekacauan antara dua puak pelombong Cina, iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
12345

Kembali ke atas