protest | protes | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pernyataan tidak puas hati yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap negara lain akibat sesuatu tindakan yang dirasakan merugikannya. Protes biasanya dilakukan secara bertulis terhadap negara yang diprotes melalui saluran tertentu seperti melalui diplomatik dan media massa. Protes juga diajukan kepada pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam perkara yang dibangkitkan. Contohnya, Malaysia memprotes tindakan Singapura menambak laut yang berhampiran dengan tambak Johor kerana menjejaskan kehidupan marin di perairan Johor. |
work to rule | kerja ikut peraturan | Pentadbiran | Tiada | Bentuk tindakan tidak puas hati pekerja terhadap keputusan dan layanan majikan terhadap mereka dengan memperlahan segala urusan kerja serta mengikut peraturan kerja secara ketat. |
demostration strike | mogok demonstrasi | Pentadbiran | Tiada | Keenganan bertugas oleh pekerja sebagai menunjuk perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu masalah organisasi. |
black list | senarai hitam | Pentadbiran | Tiada | Senarai nama pekerja yang dipercayai telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan. |
official strike | mogok terancang | Ekonomi | Tiada | Peristiwa yang dirancang sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan. |
picket | piket | Ekonomi | Tiada | Perhimpunan pekerja di luar tempat kerja dengan pelekat dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka untuk tontonan umum. |
unofficial strike | mogok tak terancang | Ekonomi | Tiada | Peristiwa yang tidak dirancang sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan. |
strike | mogok | Pentadbiran | Tiada | Keengganan atau penarikan diri pekerja untuk meneruskan kerja sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan. |
disaffection (political) | tawar hati (politik) | Sejarah | Tiada | Perasaan tidak puas hati yang disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil. |
disenchantment (political) | tawar hati (politik) | Sejarah | Tiada | Perasaan tidak puas hati yang disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil. |