Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Is­lam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur? berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : sj ibadat yg dilakukan dgn menahan diri drpd memasukkan sesuatu ke dlm rongga yg terbuka (spt makan, minum) antara waktu terbit fajar sehingga waktu masuk matahari. ~ fardu puasa yg diwajibkan; puasa dlm bulan Ramadan. bulan ~ bulan yg kesembilan dlm tahun Islam; bulan Ramadan. berpuasa melakukan ibadat puasa: Anak-anak hendaklah dididik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puasa

Puisi
 

Bulan puasa pergi ke pasar,
     Dua tiga membeli gelama;
Menanti masa hamba tak gusar,
     Setahun dua tidaklah lama.


Lihat selanjutnya...(27)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pre-acquisition fastingpuasa pracapaianBiologiPatologiPuasa yang dikenakan terhadap vektor sebelum melakukan makan perolehan. bd. puasa lepas capai.
post-acquisition fastingpuasa lepas capaiBiologiPatologiPuasa yang dikenakan terhadap vektor selepas melakukan makan perolehan. bd. puasa pracapaian.
صوم عاشورأpuasa asyura’Agama IslamFiqhPuasa pada hari kesepuluh bulan Muharram.
preliminary fastingpuasa permulaanBiologiPatologilih. puasa pracapaian.
صوم تسويةpuasa tasū‘aṯAgama IslamFiqhPuasa yang disunatkan pada hari kesembilan bulan Muharam.
صوم عرفةpuasa hari ‘arafatAgama IslamFiqhPuasa yang disunatkan pada hari wukuf di Arafat.
صوم أيام البيضpuasa ayyam al-baydAgama IslamFiqhPuasa sunat pada hari 13, 14 dan 15 dalam bulan Islam.
fastingpuasaBiologiPatologiKeadaan yang dilalui oleh vektor yang tidak diberi makan dalam tempoh yang pendek, misalnya dengan mengasingkan vektor tersebut daripada perumahnya. Ini bertujuan supaya vektor tersebut menjadi lebih rakus hingga dapat menghisap lebih banyak sap yang mengandungi virus.
preslaughter fastingpuasa prasembelihVeterinarTiadaTiada
الإمساكimsakAgama IslamFiqhMenahan diri dari sesuatu yang membatalkan puasa.
12

Kembali ke atas