Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pub.li.si.ti] | ڤوبليسيتي

Definisi : 1. teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis barangan, personaliti, dsb) terutamanya melalui media massa: 2. perhatian umum: seberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya drpd ~; 3. maklumat yg disebarkan utk menarik perhatian umum: memberi ~ yg secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami; mempublisitikan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara utk menarik per­hatian umum, membuat supaya mendapat publisiti (perhatian umum): semoga banyak pihak yg mementingkan perspektif agama ~ amalan spt sembahyang sunat gerhana, doa dan ceramah menjelang gerhana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pub.li.si.ti] | ڤوبليسيتي

Definisi : 1 penerangan atau hal ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) yg dihebahkan melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: ~ penting utk memperkenalkan barang-barang baru. 2 keadaan diketahui atau dilihat oleh orang ramai: Kemajuan sekolah itu tidak mendapat ~ yg sewajarnya. mempublisitikan menyebarkan maklumat ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: Usaha sedang dijalankan utk ~ produk baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata publisiti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kalau saya nak buat publisiti di poster, risalah, dan sebagainya untuk mempromosikan buku pelbagai genre dalam bahasa melayu, apa yang betul dan tepat saya tulis di publisiti? Buku Berbahasa Malayu Atau Buku Bahasa MelayuKedua-dua ayat tersebut betul dan tepat.
"Buku Berbahasa Malayu" dan "Buku Bahasa Melayu".
Lain-lain06.01.2022
Mengapakah kegiatan sastera di negara ini tidak mendapat publisiti yang meluas sama ada melalui media cetak atau elektronik?

Kegiatan sastera mendapat publisiti dalam media cetak dan media elektronik. Misalnya, akhbar Berita Minggu dan Berita Harian memberikan promosi terhadap kegiatan tersebut  dalam ruangan sastera pada hari Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu, manakala akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia memberikan promosi pada hari Ahad, Isnin dan Khamis. Kegiatan sastera yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dipromosikan melalui akhbar yang tersebut di atas, di samping melalui majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka.  Media elektronik, misalnya  radio dan televisyen turut mempromosikan kegiatan sastera.  

Lain-lain12.05.2008
En. Ahmad Raud, Bahagian Pendidikan Khas, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti PRPM kepada para pelajar. Mohon dimaklumkan kepada semua JPN. Dimaklumkan bahawa petugas menggunakan Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu.Sebagai makluman dan akan memaklumkan kepada pihak pengurusan DBP.Lain-lain24.05.2014
En. Mohd Kamal, SK Pekan Kota Belut, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti produk DBP kepada para pelajar. Sementara waktu Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu.Petugas menerangkan maklumat tersebut secara ringkas dan padat.Lain-lain24.05.2014
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada terdapat pilihan istilah lain yang boleh digunakan bagi perkataan yang berikut agar dapat memudahkan pemahaman pembaca dalam kalangan orang awam: i. Intralogistic solution (selain intralogistik); ii. Antitrust requirement (selain keperluan antitrust atau antipakat); iii. Ad-hoc publicity (selain publisiti secara ad-hoc). Terima kasih.Berikut merupakan cadangan istilah bahasa Melayu untuk perkataan seperti yang di atas:

1. Intralogistic solution: Penyelesaian intralogistik
2. Antitrust requirement: Keperluan antipakat
3. Ad-hoc publicity: Publisiti ad hoc

Walaubagaimanapun, padanan istilah bergantung pada konteks penggunaan ayat.
Istilah28.01.2020
Salam....saya ingin mencadangkan agar DBP lebih aktif dalam menganjurkan lebih banyak pertandingan menulis esei terutamanya yang bersifat akademik yang mampu mencabar keupayaan daya fikir pelajar IPT di Malaysia.Saya dapati pertandingan seperti ini amat kurang di anjurkan dan juga kurang publisiti.Mohon kerjasama agar hal ini dapat diberi perhatian agar langkah yang sewajarnya diambil bagi memperkasakan daya intelektual mahasiswa tempatan.sekian

Waalaikumusalam wbk. Ribuan terima kasih atas cadangan menarik daripada sdr itu. Pihak kami akan mengetengahkan cadangan sdr itu untuk perhatian dan tindakan Jabatan/Bahagian yang berkaitan dalam DBP. Bagi mengetahui dan mengikuti aktiviti semasa DBP, pihak kami juga mengalu-ngalukan agar dari semasa ke semasa pihak sdr dapat melayari laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my.

Berhubungan dengan program pertandingan, buat kali ketiga pada tahun ini, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan program Akademi Sastera 2010 pada 28 Oktober 2010 (Khamis), pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan sembilan (9) buah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan penyelidik sastera dan memupuk kemahiran berkomuniksi serta penggunaan kaedah penyampaian ilmu kritikan sastera di kalangan pelajar IPTA.

Dalam hal ini, pihak kami mengalu-ngalukan kehadiran sdr dan pelajar-pelajar IPTA yang lain untuk turut serta ke dalam program Akademi Sastera ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih. Wassalam.  

         

Lain-lain19.10.2010
Bolehkah diperjelaskan perbezaan antara STRATEGI dengan STRATEGIK.Untuk membezakan kata strategi dan kata strategik, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

strategi kata nama
1 perancangan yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor atau aspek, dan disertai oleh persediaan yang rapi dan teliti untuk mencapai matlamat atau tujuan yang diingini.
Contoh penggunaan:
a. Strategi yang berkesan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
b. Dalam diam, dia memikirkan beberapa strategi bagi mengatasi pesaingnya.

2 ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:
Contoh penggunaan:
Ada ketikanya strategi perang perlu dirahsiakan.

3 taktik atau kaedah dalam peperangan untuk menyerang musuh:
Contoh penggunaan:
Kemenangan dalam sesuatu peperangan terletak pada strategi dan bukannya pada ramainya tentera yang terlibat.

4 bahasa basahan
siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.

strategik kata adjektif
1 (berkenaan kedudukan sesuatu) baik, elok atau sesuai letaknya:
Contoh penggunaan:
a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk publisiti yang lebih luas.
b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan dan keselamatan 
membantu perkembangannya sehingga terkenal di Timur dan Barat.

2 dalam keadaan berhubungan atau berdasarkan strategi:
Contoh penggunaan:
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi.

Setiap kata mempunyai makna dan kelas kata yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.
Makna19.09.2023

Kembali ke atas