Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pub.li.si.ti] | ڤوبليسيتي

Definisi : 1. teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis barangan, personaliti, dsb) terutamanya melalui media massa: 2. perhatian umum: seberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya drpd ~; 3. maklumat yg disebarkan utk menarik perhatian umum: memberi ~ yg secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami; mempublisitikan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara utk menarik per­hatian umum, membuat supaya mendapat publisiti (perhatian umum): semoga banyak pihak yg mementingkan perspektif agama ~ amalan spt sembahyang sunat gerhana, doa dan ceramah menjelang gerhana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pub.li.si.ti] | ڤوبليسيتي

Definisi : 1 penerangan atau hal ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) yg dihebahkan melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: ~ penting utk memperkenalkan barang-barang baru. 2 keadaan diketahui atau dilihat oleh orang ramai: Kemajuan sekolah itu tidak mendapat ~ yg sewajarnya. mempublisitikan menyebarkan maklumat ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: Usaha sedang dijalankan utk ~ produk baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata publisiti


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Publisiti dan PameranPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Warisan budayaJawatankuasa Kecil Publisiti dan filem, Perayaan Ulang Tahun Ke-25Tiada1988 
Adat resam penduduk SarawakJawatankuasa Kecil Publisiti dan filem, Perayaan Ulang Tahun Ke-25Tiada1988 

Kembali ke atas