Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pub.li.si.ti] | ڤوبليسيتي

Definisi : 1. teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis barangan, personaliti, dsb) terutamanya melalui media massa: 2. perhatian umum: seberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya drpd ~; 3. maklumat yg disebarkan utk menarik perhatian umum: memberi ~ yg secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami; mempublisitikan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara utk menarik per­hatian umum, membuat supaya mendapat publisiti (perhatian umum): semoga banyak pihak yg mementingkan perspektif agama ~ amalan spt sembahyang sunat gerhana, doa dan ceramah menjelang gerhana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pub.li.si.ti] | ڤوبليسيتي

Definisi : 1 penerangan atau hal ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) yg dihebahkan melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: ~ penting utk memperkenalkan barang-barang baru. 2 keadaan diketahui atau dilihat oleh orang ramai: Kemajuan sekolah itu tidak mendapat ~ yg sewajarnya. mempublisitikan menyebarkan maklumat ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: Usaha sedang dijalankan utk ~ produk baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata publisiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local advertisingpengiklanan tempatanKomunikasiKorporatAktiviti mempromosi atau publisiti barangan atau perkhidmatan yang berlaku dalam persekitaran setempat.. Konsep setempat merujuk kepada sesuatu kawasan, wilayah, atau negeri yang mempunyai sistem kuasa pentadbiran tunggal. Setiap aktiviti promosi atau publisiti yang perlu menggunakan ruang di sesuatu kawasan harus akur dengan peraturan dan undang-undang tempatan. Selain menggunakan sepanduk, pepanji, dan undang tempatan. Selain menggunakan sepanduk, pepanji, dan iklan jalanan, promosi atau publisiti boleh dilakukan melalui media cetak atau media elektronik. Sekiranya promosi atau publisiti barangan atau perkhidmatan berkenaan menggunakan media cetak atau media elektronik, maka ruang lingukungan edaran dan siarannya terhad dalam lingkungan tempatan atau hampir dengan sumber pengedaran barangan atau perkhidmatan. Pengiklanan tempatan biasanya diamalkan oleh syarikat kecil yang mempunyai peruntukan publisiti dan promosi yang terbatas. Kadar pengiklanan ini biasanya lebih murah berbanding kadar pengiklanan nasional. Sasaran khalayak pengiklanan ini ialah mereka yang tinggal di persekitaran tempatan tersebut. Antara faktor yang menyebabkan pengiklanan ini terus digunakan ialah faktor budaya, serta keberkesanan dan kecekapan pengurusan kos. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis barangan atau perkhidmatan sesuai menggunakan pendekatan ini terutama barangan atau perkhidmatan yang telah kukuh dan terkenal dalam pasaran. Contoh pengiklanan ini ialah aktiviti promosi dan publisiti yang berkaitan harta tanah, barangan kesihatan, komputer, sukan, perkhidmatan pelancongan, perbankan, dan hiburan.
counter advertisingpengiklanan balasKomunikasiKorporatUsaha pengiklanan berbayar yang dilaksanakan oleh kumpulan, organisasi, atau pihak tertentu untuk menangkis atau menentang publisiti negatif yang disiarkan melalui saluran media seperti akhbar, televisyen dan iklan jalanan, yang dilakukan oleh pihak lain. Publisiti negatif biasanya melibatkan isu kontroversi seperti perbezaan pendapat, persaingan perniagaan, dan tanggapan buruk terhadap barangan atau perkhidmatan. Mesej iklan berfokus kepada usaha mengawal keadaan dan mengurangkan kesan buruk publisiti yang disiarkan atau diterbitkan. Mesej juga bertujuan untuk mempertahankan pendirian, menjelaskan keadaan sebenar, dan membekalkan maklumat berdasarkan fakta. Matlamat akhir pengiklanan adalah untuk memulihkan citra dan prestasi yang mungkin terjejas akibat publisiti negatif.
publicitypublisitiKomunikasiKorporatLihat seranta.
advertisementiklanKomunikasiKorporatAlat komunikasi berbayar seperti promosi atau publisiti barangan dan perkhidmatan untuk memberitahu dan memujuk pengguna supaya membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan melalui saluran media massa seperti televisyen dan akhbar. Alat komunikasi ini dihasilkan dengan pelbagai cara dan pendekatan bagi memenuhi kesesuaian bahan yang diiklan, media yang digunakan, dan khalayak yang disasarkan. Sesebuah iklan perlu mempunyai kreativiti yang sesuai dan khalayak sasaran yang jelas, serta iklan perlu direka bentuk khusus untuk mencapai matlamat pemasaran. Selain media massa, iklan wujud dalam bentuk iklan jalanan dan iklan bergerak, iklan elektronik, iklan media cetak dan sebagainya.
advertising campaignkempen pengiklananKomunikasiKorporatProses penyediaan dan pelaksanaan strategi publisiti dan promosi yang komprehensif untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan. Proses ini dilaksanakan dalam tempoh jangka waktu tertentu. Dalam tempoh tersebut, perancangan dan pelaksana kempen perlu menyediakan dan melaksanakan strategi secara sistematik serta bersepadu bagi memastikan matlamat akhir kempen dicapai. Peringkat proses perancangan dan pelaksanaan kempen tersebut adalah seperti yang berikut: (i) Mengenal pasti masalah barangan atau perkhidmatan (ii) Mengenal pasti khalayak sasaran. (iii) Menentukan objektif dan matlamat kempen. (iv) Merancang jenis pendekatan penyaluran mesej dan menentukan media. (v) Menentukan peringkat kesan mesej yang perlu dicapai dalam tempoh atau peringkat kempen. (vi) Menyediakan mesej dan kandungan bagi setiap peringkat kempen. (vii) Melaksanakan kempen. (viii) Menilai kesan bagi setiap peringkat kempen. (ix) Menyusun dan melaksanakan strategi kempen seterusnya. (x) Membuat penilaian kesan akhir kempen. Contoh kempen pengiklanan ialah kempen memperkenalkan syarikat baru atau jenama baru, kempen untuk memperbaik imej selepas berlaku krisis organisasi, kempen meningkatkan jualan barangan, kempen mempromosi perkhidmatan, dan kempen pengukuhan jenama.
flackflakKomunikasiTiadaPerkataan slanga yang digunakan oleh ejen akhbar atau pakar publisiti khususnya bagi mereka yang terlibat dalam bidang hiburan.
audio-visualaudiovisualKomunikasiKorporatPeralatan elektronik atau bukan elektronik yang digunakan dalam aktiviti penerbitan bahan promosi dan publisiti. Antara jenis peralatan yang kerap digunakan termasuklan slaid, kaset, cakera padat (CD), atau radio serta suara latar perawi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan bunyi bagi mengiringi unsur visual yang diterbitkan. Bahan visual lain yang turut digunakan ialah gambar, model, dan papan putih. Apabila teknologi multimedia diperkenalkan, komputer dan pelbagai jenis perisiannya seperti Photoshop, Ilustrator, dan 3-D diaplikasikan secara meluas. Peralatan ini boleh digunakan untuk memberikan hasil yang sama atau lebih baik daripada teknologi lama. Dalam komukasi korporat, penggunaan alat audiovisual ini sangat biasa digunakan terutama dalam sesi taklimat, mesyuarat, atau pengurusan majlis.
glasnostKeterbukaanSains PolitikPolitik PerbandinganPolisi yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev pada tahun 1985 yang membawa makna keterbukaan atau publisiti (penghebahan). Matlamat Gorbachev untuk melancarkan dasar ini asalnya bertujuan memberi tekanan kepada golongan konservatif dalam parti yang menentang dasar penstrukturan ekonomi Soviet atau Perestroika. Perkembangan penggunaan konsep ini kemudiannya membawa makna keterbukaan politik seperti kebebasan bersuara, pentadbiran yang telus, terbuka kepada pertanyaan, kritikan dan perdebatan. Hasil daripada dasar ini, pemerintahan Soviet dekad 1990-an kemudiannya mengalami proses perubahan yang besar dan menjadi lebih demokratik. Sinonim glasnost.
cooperative advertisementiklan kerjasamaKomunikasiKorporatSalah satu kaedah pengiklanan barangan atau perkhidmatan yang kosnya ditanggung secara bersama antara pihak yang terlibat. Bagi pengiklanan barangan, contoh pihak yang terlibat ialah pengilang, pengedar, pemborong, peruncit, dan pembekal. Selain bertujuan untuk mengurangkan kos, iklan kerjasama juga dapat membantu memberikan ruang publisiti dan promosi kepada semua pihak yang terlibat dalam pemasaran barangan, terutamanya jika syarikat yang terlibat ialah syarikat besar yang berwibawa. Iklan kerjasama mempunyai faedah seperti yang berikut: (i) Memberikan peluang kepada syarikat kecil dan kurang ternama untuk mendapat publisiti dan promosi barangan yang luas dengan kos pengiklanan yang rendah bersama-sama syarikat yang lebih besar dan berjaya. (ii) Syarikat yang terlibat boleh membantu antara satu sama lain dalam pembiayaan kos pengiklanan. Contohnya, publisiti mengenai projek karnival Jom Heboh oleh perkhidmatan stesen penyiaran swasta yang bukan sahaja ditaja oleh stesen berkenaan, tetapi juga oleh syarikat kecil yang terlibat dan turut serta menjayakan karnival berkenaan.
discount postagebayaran pos diskaunPentadbiran PerniagaanTiadaBayaran pos yang dikurangkan dengan cara mengeluarkan setem yang mengandungi tanda harga untuk tujuan publisiti.
1234

Kembali ke atas