Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba), Saussurea lappa; 2. sj tumbuhan (palma), gebang, ibus, lontar utan, Corypha gebanga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus savala (haumela); ~ pisang sj ikan darat, Labeobarbus faciatus; ~ rebung sj ikan laut, Chepeoides venulosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1 daun muda atau daun yg baru terbit (di hujung ranting atau di puncak pokok). 2 hujung sesuatu yg tajam dan runcing; puncak: ~ api; ~ jala. 3 penjodoh bilangan utk surat atau utk senjata api: se~ surat; sepuluh ~ senapang patah. 4 ki sesuatu yg di atas dan mempunyai kuasa: ~ pimpinan pemimpin tertinggi. ~ anjur pucuk yg menganjur pd junjung (bkn pokok memanjat). ~ batang pucuk pd batang pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pucuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan daun muda: tunas, taruk, pupus,
Berantonim dengan akar

2. Bersinonim dengan hujung: puncak, kemuncak, mercu, apeks.,


Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Pucuk leban gading gajah,
     bekerja segan makan gagah.

Bermaksud :

Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spear 2 n pucuk, bilah: the first ~s of asparagus were showing above the ground, pucuk-pucuk asparagus yg baru keluar mula kelihatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tender15. easily broken, sensitive, muda: the ~ shoots are affected by frost, pucuk-pucuk muda itu rosak akibat fros;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tip13. end of a plant, branch, etc, pucuk: only the small leaves from the ~s of the branches of the tea bush are picked, hanya pucuk-pucuk pokok teh sahaja yg dipetik; asparagus ~s, pucuk asparagus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sear 3. brand with hot iron, menyelar; 4. wither, melayukan, menyebabkan [n] layu: the frost had ~ed the young shoots, fros telah menyebabkan pucuk-pucuk muda itu layu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leadershipn 1. office, position of a leader, /pucuk, tampuk/ pimpinan: he has assumed the ~ of the party, dia memegang pucuk pimpinan parti itu; 2. leaders collectively, pucuk pimpinan: he did it with the support of the ~, dia melakukannya dgn sokongan pucuk pimpinan; 3. ability to lead, kepemimpinan: we look for ~ in our officers, kami mengharapkan pegawai-pegawai yg mempunyai kepemimpinan; 4. act or style of leading, pimpinan: the organization declined under his ~, organisasi itu merosot di bawah pimpinannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leadershipn 1. office, position of a leader, /pucuk, tampuk/ pimpinan: he has assumed the ~ of the party, dia memegang pucuk pimpinan parti itu; 2. leaders collectively, pucuk pimpinan: he did it with the support of the ~, dia melakukannya dgn sokongan pucuk pimpinan; 3. ability to lead, kepemimpinan: we look for ~ in our officers, kami mengharapkan pegawai-pegawai yg mempunyai kepemimpinan; 4. act or style of leading, pimpinan: the organization declined under his ~, organisasi itu merosot di bawah pimpinannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pink 2 3. cut with pinking shears, menggunting pucuk rebung: all the raw edges must be ~ed to prevent fraying, tepi yg belum dikemaskan itu harus digunting pucuk rebung utk mengelakkan drpd berbulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
helmn 1. kemudi; 2. (fig.), /pucuk, teraju/ pimpinan: with someone capable at the ~ , the country will become politically and economically strong, dgn adanya seorang yg berkebolehan dlm pucuk pimpinan, negara akan menjadi kuat dr segi politik dan ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shootn 1. young stem with leaves, tunas, taruk; (at apex of plant or end of branch) pucuk, taruk; (of bamboo) rebung: the cattle will eat the ~s unless the trees are fenced off, lembu akan memakan pucuk kalau pokok-pokok itu tdk dipagari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ratoonn pucuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas