Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba), Saussurea lappa; 2. sj tumbuhan (palma), gebang, ibus, lontar utan, Corypha gebanga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus savala (haumela); ~ pisang sj ikan darat, Labeobarbus faciatus; ~ rebung sj ikan laut, Chepeoides venulosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1 daun muda atau daun yg baru terbit (di hujung ranting atau di puncak pokok). 2 hujung sesuatu yg tajam dan runcing; puncak: ~ api; ~ jala. 3 penjodoh bilangan utk surat atau utk senjata api: se~ surat; sepuluh ~ senapang patah. 4 ki sesuatu yg di atas dan mempunyai kuasa: ~ pimpinan pemimpin tertinggi. ~ anjur pucuk yg menganjur pd junjung (bkn pokok memanjat). ~ batang pucuk pd batang pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pucuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan daun muda: tunas, taruk, pupus,
Berantonim dengan akar

2. Bersinonim dengan hujung: puncak, kemuncak, mercu, apeks.,


Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Pucuk leban gading gajah,
     bekerja segan makan gagah.

Bermaksud :

Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tanya maksud mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau disebabkan perkataan ini tidak dikenali oleh cikgu saya.tolong diintrepretasikan pèrkataan untuk saya gunakan perkataan ini dalam karangan.Untuk melihat makna perkataan, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Kamus hanya memberikan maksud setiap perkataan, bukan makna ayat, contohnya makna mengindoktrinasikan boleh lihat http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=mengindoktrinasikanMakna13.05.2018
Apakah perbezaan antara pucuk dan laras (penjodoh bilangan)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain). Laras ialah penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk. Oleh itu, persamaannya ialah kedua-duanya boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk senjata api.Makna26.07.2011
Bagaimanakah nak menjadi pendeta bahsa melayu seperti zaba ada petua bagi didorongnya kalau ada tip, saya akan boleh menjadi seorang munsyi yang membawa kegemilangan kekal bahasa.ada satu soalan yang masih meruncup yakni maksud jogi berhaman bujangga. Dalam soalan apakah maksud haman.tolong menerangkan dengan contoh ayat yang boleh dipakai.dalam contoh ayat saya mahu perkataan mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau bagi memperjelas ayat yang saya diingini.tolong tuan.

Maaf, soalan yang dikemukakan oleh saudara tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan boleh difahami. Walau bagaimanapun, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain31.05.2018
Salam sejahtera. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pucuk ialah penjodoh bilangan untuk surat dan senjata api. Contoh yang diberikan ialah sepucuk surat dan beberapa pucuk senapang. Namun, khidmat nasihat yang saya jumpai dalam laman web DBP pula mengatakan bahawa penjodoh bilangan untuk senapang ialah laras, pucuk digunakan untuk pistol. Oleh itu, saya ingin bertanya yang mana satukah penjodoh bilangan yang sesuai untuk senapang. Terima kasih.
Jawapan yang tepat ialah selaras senapang, sepucuk digunakan untuk pistol.
Tatabahasa25.09.2022
Apakah benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan pucuk, bidang dan laras? Sila berikan beberapa contoh...

Tuan,

Pucuk :penjodoh bilangan bagi surat.  Misalnya,  dia terima sepucuk surat daripada sahabatnya.

Laras: penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga laras senapang patah.

Bidang: penjodoh bilangan bagi benda yang luas (seperti tanah dsb):  sebidang tanah Pak Ali telah dijual kepada Pak Karmun.

    Sekiranya tuan ingin melihat beberapa penjodoh bilangan yang lain, tuan boleh merujuk Kamus Dewan.

Tatabahasa15.04.2009
Bagai pucuk dilancarkan

Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).

= Amat cepat.

Makna04.02.2009
Penjodoh Bilangan senapang ialah pucuk atau laras? kalau dalam latihan ada dua pilihan iaitu pucuk dan laras, apakah jawapan yang patut dipilih? terima kasihJawapan yang tepat ialah selaras senapang, sepucuk digunakan untuk pistol.Tatabahasa05.03.2014
Apakah maksud pucuk jagus?Ejaan yang betul ialah janggus, iaitu sejenis tumbuhan atau dikenali juga sebagai gajus. Pucuk janggus/gajus ialah daun muda tumbuhan tersebut.Makna17.07.2011
Adakah penggunaan frasa kata kerja "meragut pucuk pokok"dalam ayat berikut betul? Kalau tidak, apakah kata kerja yang sesuai digunakan ? Contoh ayat : Zirafah meragut pucuk pokok di savana. Terima kasihMeragut bermaksud memakan rumput hidup dan sebagainya. Perkataan mergaut boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa17.07.2015
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya pemilihan pucuk kepimpinan pemilihan teraju kepimpinan barisan pemimpin Yang manakah betul dan apakah perbezaan mereka? Terima kasih :)Pucuk pimpinan, teraju pimpinan dan barisan pemimpin membawa maksud yang sama iaitu menunjukkan sesuatu yang di atas dan mempunyai kuasa tertinggi. Ketiga-tiga frasa ini boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Lain-lain13.08.2021
1234

Kembali ke atas