Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.dar] | ڤودر

Definisi : 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak ber­seri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (per­gerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.dar] | ڤودر

Definisi : 1 tidak berapa terang cahayanya; suram: bulan yg ~. 2 tidak cerah lagi (bkn warna kain dll); agak kabur: Gambar ini ~ benar. 3 ki tidak berseri (bkn senyuman dsb); tidak bersemangat (bkn harapan dsb): Wajahnya telah ~. memudarkan menyebabkan jadi pudar. kepudaran keadaan atau hal pudar; kekaburan; kekelaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
PudarJuffri SupaatDewan Sastera1 September 1989
Harapan PudarZanariah A. RahmanWanita1 July 1994
Bulan PudarAbdul Hadi MuhammadMutiara1 July 1958
Setelah Warna Pudar di Jari MasaZaharah NawawiDewan Sastera1 February 2001
Rama-rama PudarMentari SenjaURTV15 May 2008
Zaman yang PudarZahari AffandiMastika1 February 1968
Senja Yang PudarHaziah HusseinDewan Siswa1 August 1984
Budi Bahasa Kian PudarMohd Yuzwan Ali NapiahTiadaTiada
Bersinarkah Mutiara Yang PudarMohamed Ghouse NasuruddinDewan Budaya1 November 2001
Mengatasi nasionalisme yang pudarKhoo Kay KimDewan Masyarakat15 August 1980
12

Kembali ke atas