Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.dar] | ڤودر

Definisi : 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak ber­seri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (per­gerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.dar] | ڤودر

Definisi : 1 tidak berapa terang cahayanya; suram: bulan yg ~. 2 tidak cerah lagi (bkn warna kain dll); agak kabur: Gambar ini ~ benar. 3 ki tidak berseri (bkn senyuman dsb); tidak bersemangat (bkn harapan dsb): Wajahnya telah ~. memudarkan menyebabkan jadi pudar. kepudaran keadaan atau hal pudar; kekaburan; kekelaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat ini betul? "Harumannya semakin pudar". Terima kasih.Pudar bermaksud kurang cahaya atau tidak berapa terang dan tidak tepat dari aspek semantik dalam ayat tersebut.Tatabahasa14.02.2012
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di bawah? Pak Cik Samsudin mengecat pagar rumahnya kerana warna cat itu telah _________ A)pudar B) luntur Adakah pudar jawapan yang paling tepat?Mengapa? 2) Beberapa orang murid sedang _______di atas pentas bersempena dengan Hari Kanak-Kanak. A) menyanyi B) bernyanyi Mengapakah jawapannya bernyanyi dan bukan menyanyi?Mohon jasa baik pihak tuan menerangkan dengan lebih lanjut.1) Pudar dan luntur, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2) Bernaynyi dan menyanyi, kedua-duanya membawa makna yang sama.
Tatabahasa21.07.2016
Soalan Kata Hampir Sama Makna Cahaya lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Saya berasa keliru akan penggunaan setiap perkataan di atas.Suram bermaksud tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain) atau agak gelap. Kelam bermaksud tidak berapa terang (berkenaan cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), atau agak gelap atau suram. Muram bermaksud tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram. Pudar bermaksud kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram. Berdasarkan makna tersebut suram/kelam/muram/pudar boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa21.03.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan ditelan zaman( berdasarkan sajak- jasamu tidak mungkin pudar ditelan zaman.Berdasarkan ayat tersebut, maksud ditelan zaman ialah hilang mengikut peredaran zaman. Maksud sesuatu ayat tersebut hendaklah berdasarkan konsep. Terutama sajak dan puisi yg mempunyai maksud tersirat.Makna24.05.2010
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini?Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan  itu.  Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Tatabahasa09.02.2010
Dalam situasi apakah perkataan "suram","kelam" dan "kusam" patut digunakan agar tidak salah dari segi bahasa. Sila berikan contoh ayat. Terima kasih.1. Perkataan "suram dan kelam" digunakan dalam konteks cuaca. Contoh ayat: Cuaca hari ini kelihatan suram /kelam.
2. Perkataan "kusam/pudar" digunakan dalam konteks logam. Contoh ayat: Dulang tembaga ini kelihatan kusam/pudar.

Tatabahasa21.05.2015
Apakah jawapan yg paling tepat bagi soalan di bawah? Soalan: Warna kain batik yang dipakai oleh ibu semakin _______ setelah dibasuh beberapa kali. A. susut B. lusuh C. luntur D. kusam

Saudara Yusli,

Perkataan yang paling tepat ialah kusam yang bermaksud pudar.

Tatabahasa24.02.2010
Rumahnya menjadi "perang" kerana tidak dijaga. Penggunaan "perang" dalam ayat ini betul ?

Encik Ming terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Dalam ayat yang diberikan ini penggunaan perkataan perang tidak sesuai digunakan. Perkataan yang sesuai ialah usang atau jika ia merujuk warna rumah tersebut perkataan pudar boleh digunakan. Terima kasih

Makna31.07.2009
Chow Sheng Mar 10th, 11:44am seorang guru Bm jelaskan soalan ini jwapannya ialah memotong rambut , bukan menggunting rambut Chow Sheng Mar 10th, 11:45am adakah jawapan ini betul Chow Sheng Mar 10th, 11:46am beliau jelaskan kata kunci ' dengan berhati- hati ' Chow Sheng Mar 10th, 11:55am apakah pendapat yang diberi oleh guru tentang soalan ini? Chow Sheng Mar 10th, 11:58am thanks Chow Sheng Apr 11th, 10:19pm lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Chow Sheng Apr 11th, 10:19pm apa jawapannya yang paling sesuai Chow Sheng Apr 11th, 10:20pm apakah perbezaan antara suram dan pudar? Chow Sheng Apr 11th, 10:20pm TQTerima kasih. Tuan boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai tempat rujukan. Tuan boleh menaip perkataan atau penjodoh bilangan tersebut. Selain daripada itu, tuan juga boleh klik pada pautan Khidmat Nasihat untuk mendapatkan jawapan yang betul. Sila klik url ini --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memotong+rambut&d=10 Selain daripada itu, soalan yang ditanya dengan merujuk paparan imej/gambar tidak boleh dibaca kerana DBP menggunakan sistem pengkalan data khas. Oleh itu, mohon jasa baik tuan untuk menaip penuh akan soalan yang ingin ditanya agar mudah pihak kami menjawabnya.Istilah10.04.2015
12

Kembali ke atas