Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.di.na] | ڤودينا

Definisi : tumbuhan renek, daunnya berbau harum, digunakan sbg perisa makanan, minuman, dsb, Mentha spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.di.na] | ڤودينا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg daunnya berbau harum dan digunakan sbg bahan perisa dll, Mentha spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pudina


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUDINA

Pudina ialah nama bagi satu famili tumbuhan.

Tumbuhan pudina mempunyai batang segi empat

sama. Sesetengah tumbuhan mempunyai batang

yang dinamakan stok akar yang tumbuh di sepanjang

permukaan tanah. Daunnya yang berbau wangi

tumbuh dua-dua, setiap satunya disebelah batang.

Kebanyakan tumbuhan pudina mempunyai bunga

berbibir dua yang kecil, berwarna putih, kebiruan

atau kesamaran. Bunganya kadangkala tumbuh

pada spika di hujung batang.

UMUM 
MENTOL

Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau

pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia

digunakan secara meluas sebagai bahan untuk

ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok.

Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok

pudina.

UMUM 
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM 
ROSEMARY

Rosemary ialah pokok renek malar hijau dalam

famili pudina yang terkenal kerana keharuman

daunnya. Rosemary tumbuh liar di kawasan

Mediterranean dan tingginya dari 60 hingga 180

sentimeter.

UMUM 
MARJORAM

Marjoram ialah nama popular bagi sekumpulan

herba yang tergolong dalam famili pudina. Herba

ini tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan di

Asia. Marjoram juga dinamakan sebagai oregano.

UMUM 
MINYAK NILAM

Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat

yang digunakan untuk membuat minyak wangi.

Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu

anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam

cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami

penapaian (perubahan kimia yang menguraikan

bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada

daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang

menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina,

dan Singapura.

UMUM 
SALVIA

Salvia ialah sekumpulan tumbuhan yang tumbuh

di kawasan sederhana dan kawasan panas di dunia.

Salvia mempunyai bunga berbibir dua yang

berbeza-beza warnanya daripada putih dan kuning

pucat hingga kepada biru, ungu dan merah marak

(scarlet). Pekebun menggunakan banyak jenisnya

sebagai tumbuhan hiasan, termasuk sage merah marak, yang

mempunyai bunga merah terang. Ia berasal

dari Brazil, tetapi ditanam di bahagianbahagian

lain di dunia. Sage taman yang

digunakan untuk memperisa makanan

ialah salvia.

Lihat juga Sage.

Pengelasan saintifik.

Salvia adalah dalam famili pudina, Labiatae

(Lamiaceae), genus Salvia . Sage merah marak ialah

spesies S. splendens dan sage taman ialah S.

officinalis .

UMUM 

Kembali ke atas