Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ding] | ڤوديڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil); jenis-jenis­nya: ~ emas, ~ hutan, ~ merah, dll; ~ mas = ~ perak sj tumbuhan (pokok kecil), adal-adal, daun segenting, puring (Jw), Codiaeum variegatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ding] | ڤوديڠ

Definisi : sj hidangan manis dan lembut yg dibuat drpd pelbagai bahan spt tepung, susu, telur, gula, dan buah-buahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ding] | ڤوديڠ

Definisi : nama sj pokok yg ditanam utk perhiasan, Codiaeum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.ding] | ڤوديڠ

Definisi : kuih (biasanya sbg pembasuh mulut) yg dibuat drpd tepung gandum dll dan dibakar (dikukus dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puding


Pantun

PantunSumberTema
Kalau banyak bertanam puding, Di sana busut di situ kasai; Kalau bijak dalam berunding, Di mana kusut di situ selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak limau menjadi kedondong, Banyaklah puding dimakan ulat; Sejak harimau bergigi ompong, Banyaklah kambing melawan bersilat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berpangkat-pangkat batang kuini, Sekelilingnya puding semata, Di sana takik abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Antara kening dengan mata, Di situ adik abang tinggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tang-tang buku, Kerakap daun puding; Pak Itam tak malu, Ditampar dek kucing.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas