Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pui.si] | ڤويسي

Definisi : karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan se­suatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjuk­kan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pui.si] | ڤويسي

Definisi : karangan bersajak spt pantun, syair. pemuisi orang yg mencipta, mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puisi (kata nama)
Bersinonim dengan sajak, bait, balada, haiku, syair, pantun, gurindam, seloka, satira, lirik, madah, kelong, talibun, tembang, kakawin;,
Kata Terbitan : berpuisi, pemuisi,

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nocturnenokturnaKesusasteraanPuisiPuisi-puisi lagu atau isi lirik atau pemikiran yang diungkapkan adalah berhubung dengan perasaan seseorang. Noktuma ini dicipta untuk dilagukan pada waktu malam. Contohnya, puisi atau lirik lagu "Jeritan Batinku" ciptaan S. Sudarmaji, nyanyian Allahyarham P. Ramlee dapat digolongkan dalam nokturna ini.
monodyekanadaKesusasteraanPuisiPuisi ratap yang diciptakan khusus untuk dibacakan dalam sesuatu upacara yang sedih. Umpamanya peristiwa kematian. Namun dalam puisi Melayu mungkin khalayak tidak menemukan puisi-puisi monodi ini lantaran masyarakat Melayu tiada mempunyai tradisi meratapi si mati dengan membaca puisi Seperti dalam agama Kristian. Sinonim monodi.
narrative poetrypuisi naratifKesusasteraanTiadaPuisi yang mengandungi cerita atau sebuah cerita yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi naratif biasanya ditulis secara panjang dan berangkap. Setiap rangkap saling berkaitan sebagai sebuah cerita. Berbanding dengan bentuk prosa, pemaparan cerita dalam puisi naratif mengandungi nilai keindahannya yang tersendiri, khususnya apabila dibacakan secara lisan. Antara bentuk puisi naratif yang biasa ialah epik dan balada. Dalam kesusasteran Melayu tradisional, puisi naratif banyak terdapat dalam bentuk syair, antaranya Syair Siti Zubaidah, Syair Perang Mengkasar, atau Syair Yatim Nestapa. Dalam sastera Arab, puisi naratif ditemui dalam puisi-prosa Sirah �Antarah dan al-Zir Salim. Dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada karya Shah-nama oleh Daqiqi dan Zafar-nama oleh Hamdu�Llah Mustawfi.
odeodaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t.
matrixmatriksKesusasteraanPuisiAcuan yang menjadi dasar terutamanya pada tema dan persoalan untuk mencipta puisi-puisi yang lebih kemudian. Contohnya, puisi "Lahirlah Engkau" untuk anaknya Iskandar karya Usman Awang, kemudian puisi "Sayang Akmar" oleh Kemala (Ahmad Kamal Abdullah), puisi "Iza Hairani" karya Dharmawijaya dan diikuti penyair-penyair yang lain .
metrical correctionpembetulan metrisKesusasteraanTiadaUsaha membaiki susunan rima yang terdapat di dalam puisi. Contoh: Puisi-puisi yang berasal dari India selalunya disesuaikan dengan sistem tempatan khususnya dalam kakawin.
concrete poetrypuisi konkritKesusasteraanPuisiPuisi kontcmporari yang proses penciptaannya sangat sedikit menggunakan kata, frasa atau klausa. Puisi ini banyak menggunakan pola atau bentuk visual yang menarik. Contohnya, puisi "Exodus" karya Latiff Mohidin atau puisi "Lima" karya Suhaimi Haji Muhammad. Sinonim puisi maujud, puisi pola.
indexindeksKesusasteraanPuisiSenarai judul puisi, antologi puisi, kumpulan puisi ataupun nama tokoh, pengarang, institusi dan lain-lain.
climaxpuncakKesusasteraanPuisiUnsur ketegangan atau kerumitan yang terdapat pada puisipuisi yang mencitrakan sesuatu kisah. Contohnya, "Syair Siti Zubaidah" dan "Balada Hang Tuah" karya Amir Hamzah. Sinonim klimaks .
ubi suntubi suntKesusasteraanTiadaPembukaan kata kepada beberapa puisi-puisi hujung abad pertengahan yang digunakan untuk mengklasifikasikan sesuatu jenis puisi yang mengkhususkan tentang kehidupan dan keindahan alam.
12345678910...

Kembali ke atas