Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.jang.ga] | ڤوجڠݢ

Definisi : 1. pengarang sajak (syair dll) yg agung dan tinggi mutunya; 2. ahli fikir, ahli sastera (bahasa); kepujanggaan perihal pujangga (karang­-mengarang kesusasteraan), sifat-sifat pujangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.jang.ga] | ڤوجڠݢ

Definisi : 1 pengarang sajak dll yg tinggi nilainya. 2 orang yg bijak pandai; ahli fikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pujangga (kata nama)
Bersinonim dengan pendeta, cerdik pandai, cendekiawan, bijak bestari, intelektual, ilmiawan, ilmuan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019
apa maksud pujangga?Untuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik".Makna02.08.2016
apa maksud pujanggaUntuk mendapatkan makna perkataan, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis kata kunci kata yang diperlukan dalam ruangan "Carian Spesifik".Makna02.08.2016
Benarkah ungkapan “kata pujangga” perlu ditukar menjadi “kata-kata pujangga” seperti lazimnya kita menggunakan ungkapan “kata-kata hikmat”?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kata ini membawa makna yang sama dengan kata hikmat. Saudara boleh menggunakan kedua-dua kata ini secara tunggal atau mengulanginya mengikut penggunaan dalam teks atau wacana saudara.Lain-lain23.02.2009
Penggunaan kata "Yang" dalam tajuk. Adakah huruf pertama perkataan "Yang" perlu menggunakan huruf besar bila digunakan dalam tajuk? Contohnya tajuk buku "Pujangga yang Malang", adakah perkataan yang dihuruf-besarkan menjadi "Pujangga Yang Malang"? Boleh berikan contoh lain? Terima kasih.Dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. Oleh itu, penulisan pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. Contoh penulisan tajuk yang betul ialah: Pujangga yang Malang atau PUJANGGA YANG MALANG.Tatabahasa16.04.2018
Antologi sajak karya Zurinah HassanAntara antologi sajak karya Zurinah Hassan ialah Pujangga Tidak Bernama terbitan DBP, 1994. Sekian.Lain-lain03.03.2009
Siapakah Raja Ali Haji dan Sumbangannya dalam bidang bahasa Melayu?Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ialah seorang ulama, sejarawan, pujangga. Untuk keterangan lanjut, sila lawati Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau pun mana-mana perpustakaan yang berdekatan. Terima kasih.Lain-lain06.12.2007
apakah ciri-ciri kesusasteraan melayu? bagaimanakah perkembangan kesenian melayu?Antara ciri sastera Melayu ialah sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu, tentang dunia Melayu dan oleh pujangga Melayu. Saudara boleh merujuk buku yang ditulis oleh sarjana seperti Tan Sri Datuk Ismail Hussein, Prof. Mohd. Taib Othman, Prof. Muhammad Haji Salleh dan lain-lain tentang ciri -ciri tersebut. Kesenian Melayu tetap dipelihara dan mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Kerajaan telah menubuhkan kementerian dan institusi untuk memelihara dan memartabatkan khazanah kesenian Melayu.Lain-lain28.04.2008
Bolehkah "mahakarya" digunakan untuk perkara selain karya, filem dan novel? Contohnya "masterpieces of military history" diterjemah menjadi "mahakarya sejarah tentera".Terjemahan yang sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah yang terbaik, sejarah tentera yang terbaik. Mahakarya digunakan dalam konteks karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dan lain-lain) pada sesuatu zaman.Tatabahasa11.06.2013
Apakah perbezaan kreatif dengan inovatif ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

kreatif  kata adjektif
1 (bekenaaan dengan seseorang) berkebolehan mencipta atau menghasilkan sst yg baharu, unik dan menarik serta berbeza drp yg lain:
Guru-guru yg kreatif dapat menarik minat pelajar dlm kelas.

2 (berkenaan dengan karya, penulisan dsb) bersifat unik, menarik dsb yg dihasilkan melalui daya imaginasi yg tinggi:
Karya-karya ini merupakan hasil kreatif pujangga tempatan dan sangat penting dlm perkembangan kesusasteraan Melayu

inovatif kata adjektif
(berkenaan dengan kaedah, idea dsb) bersifat inovasi:
Pelajar didedahkan dgn kaedah berfikir yg kreatif dan inovatif dlm menjana idea perniagaan.

inovasi kata nama 
1 teknik, sistem dll yg baru diperkenalkan sbg penambahbaikan kpd yg sedia ada: Bank ini telah menghasilkan beberapa inovasi dlm perkhidmatan bank, spt rangkaian ATM.
2 tindakan, usaha, daya dsb mengadakan atau memulakan sst yg baharu:
Kita perlu menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan inovasi mereka.
kata kerja transitif 3 lihat menginovasi;

Dapat disimpulkan, sesuatu yang kreatif bersifat menarik, unik dan istimewa sifatnya, berbanding sesuatu yang inovatif biasanya dapat menjimatkan kos, tenaga, masa dsb dalam kehidupan kita.
Makna02.05.2023
12

Kembali ke atas