Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ji] | ڤوجي

Definisi : (pernyataan) penghargaan kpd kebaikan (kelebihan dll): segala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; puja ~ bermacam puja dan puji; memuji 1. menyatakan penghargaan kpd sesuatu yg baik (indah dll): sumbangannya yg begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji; 2. memuliakan, me­nyanjung (nama Tuhan dll): ~ nama Tuhan; memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji: baginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu; memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (utk dipakai dll): para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu; terpuji 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg ~; pujian pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; puji-pujian 1. perkataan memuji-muji ke­baikan (kelebihan dll) sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd orang yg dikirimi surat itu; kepujian 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; pemujian hal atau perbuatan memuji; pemuji orang yg memuji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ji] | ڤوجي

Definisi : penghargaan terhadap kebaikan (keunggulan, kesucian, kelebihan) sesuatu: Segala ~ bagi Allah yg telah menjadikan langit dan bumi. memuji 1 menyatakan penghargaan terhadap kebaikan sesuatu: Baginda telah ~ keberanian tentera kita menentang pengganas komunis. 2 memuliakan atau membesarkan: ~ Tuhan. terpuji 1 sudah dipuji. 2 sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. pujian kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. puji-pujian perkataan utk memuji kebaikan (keunggulan) sesuatu; kata-kata yg berisi pujian: Sambil berjalan dlm perarakan itu, mereka mengucapkan ~ kpd Nabi Muhammad SAW. kepujian taraf atau kedudukan yg wajar menerima pujian (kebaikannya dll); yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu, dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. pemujian perbuatan atau hal memuji. pemuji 1 orang yg memuji. 2 (bersifat) suka memuji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puji
Kata Terbitan : memuji, memuji-muji, terpuji, pujian, puji-pujian, pemujian,

Puisi
 

Hendak diminum di dalam kendi,
     Kendi berada di dalam kaca;
Jangan dipujuk jangan dipuji,
     Di dalam puji saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Harum semerbak mengandung mala.

Bermaksud :

Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
eulogisticadj (fml) penuh puji-pujian: a ~ speech, ucapan yg penuh puji-pujian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
panegyricpuji-pujian yg panjang lebar ttg kejayaannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
panegyric n puji-pujian: a lengthy ~ on his achievements,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweet talk n (colloq), (flattery) puji-pujian; (cajolery) pujukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ASEANn statement ascribing praise to God, puji-pujian bagi Tuhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
superlative 2. expressions of high praise, puji-pujian yg melambung-lambung: a letter full of ~s about what he has seen, sepucuk surat yg penuh dgn pujian yg melambung-lambung ttg apa yg telah dilihatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
praisen 1. expression of admiration, pujian: his new book received ~ from all including his critics, bukunya yg baru mendapat pujian drpd semua pihak termasuk pengkritik-pengkritiknya; 2. worship, puji-pujian: they gave ~ to God for the good harvest, mereka mengucapkan puji-pujian kpd Tuhan krn hasil tuai yg banyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heap~ /upon, on/, (fig.) mencurahkan: the public ~ed praises upon the author, orang ramai mencurahkan puji-pujian thdp pengarang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rain~ st (down) on, menghujani; (blows) bertalu-talu: all the critics ~ed praises on him, dia dihujani puji-pujian oleh semua pengkritik; he ~ed blows on the boy’s back, dia bertalu-talu menumbuk belakang budak itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
susceptibleadj 1. easily influenced by, mudah termakan: she is very ~ to flattery, dia mudah termakan puji; 2. vulnerable (to disease, infection, etc) mudah kena: one person may be more ~ to migraine than another, seseorang mungkin lebih mudah kena migrain drpd orang lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas