Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kah] | ڤوکه

Definisi : patah, rekah atau bengkok patah (dahan kayu dll); memukah memecah, mengopak, merosak­kan: setitik air pun tidak ada, ini tentu Berahim yg ~ gelung kita semalam; kami ~ papan pd dinding pondok itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pukah

Peribahasa

Ular biar mati,
     tanah jangan lekuk,
buluh jangan pukah.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pukahpatah, rekah atau bengkok patah (dahan kayu dll); memukah memecah, mengopak, merosak­kan: setitik air pun tidak ada, ini tentu Berahim yg ~ gelung kita semalam; kami ~ papan pd dinding pondok itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikansj binatang yg hidup dlm air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang); ~ air tawar ikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll); ~ asap ikan yg diasinkan dan dipanggang; ~ asin = ~ masin ikan yg dibubuh garam dan dikeringkan; ~ bakar ikan panggang; ~ basah ikan yg tidak diawet; ~ belukang (bedukang) a) sj ikan laut; b) ki laki-laki yg suka memburu perempuan (tidak memilih bulu); ~ cabut Kl ikan yg dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yg dijual); ~ darat ikan air tawar; ~ juara a) sj ikan darat; b) Kl, ki orang yg suka menyampuk percakapan orang lain (yg tidak kena-mengena dengannya); ~ kering ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; ~ laut ikan yg hidup di laut; ~ pekasam ikan yg dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama; ~ pelaga = ~ sepilai = ~ tempilai sj ikan kecil utk diperlagakan; ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api; ~ belum dapat, airnya sudah keruh prb pekerjaan yg tidak bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai); ~ biar dapat, serampang jangan pukah prb pekerjaan yg dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang percuma; ~ di laut, asam di darat, bertemu juga dlm belanga prb biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga; ~ gantung, kucing tunggu prb kesal melihat barang yg diingini tetapi tidak mungkin diperoleh; ~ lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan prb membuat persediaan utk mengecap hasil drpd sesuatu perkara yg belum tentu akan diperoleh; ~ seekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~ seekor prb sebab yg sedikit habis rosak yg banyak; ~ terkilat, jala tiba prb cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab); ada air adalah ~ prb ada negeri adalah rakyatnya; anak-anak ~ kecil menjadi makanan ~ besar prb orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang besar-besar; bagai ~ kena tuba prb banyak orang yg sakit atau mati dlm sesebuah kampung (negeri); dituba sajakah ~ dijala, dijaring bukankah ~? prb pd orang yg tidak malu sama saja bernikah atau berjahat; jangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat prb jangan dipermudah-mudahkan orang yg lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yg kuat; spt ~ pulang ke lubuk prb orang yg telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula; terkilat ~ di dlm air sudah tahu jantan betinanya prb orang yg bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu drpd gerak-geri; tersaukkan ~, suka, tersaukkan batang, masam prb bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas marah ketika mendapat kerugian; ular bukan, ~ pun bukan prb seseorang yg payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat; walau ~ yg diam di dlm tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dlm pukat juga prb sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada kalanya silap juga; berikan 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; pergi ~ pergi mencari ikan; perikanan urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; pengikan Mn suka makan ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas