Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ku.lan] | ڤوکولن

Definisi : 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ku.lan] | ڤوکولن

Definisi : 1 hasil perbuatan memukul; paluan: ~ yg bertalu-talu itu dpt ditangkisnya. 2 serangan yg dibuat terhadap sesuatu pihak; serbuan: Khazifah, pemimpin baru itu, dgn tidak berlengah-lengah lagi terus memberikan ~ yg hebat kpd musuh. ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb. ~ maut a. pukulan yg tidak dpt diambil oleh pihak lawan lalu menghasilkan mata atau poin (dlm permainan badminton, tenis dsb). b. ki sesuatu perbuatan, tindakan, serangan dsb yg boleh membawa maut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukul1 (kata nama)
Bersinonim dengan jam.
Kata Terbitan : memukul, pukulan, pemukul,

Peribahasa

Manusia tahan kias,
     binatang tahan palu.

Bermaksud :

Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza perkataan pukulan dan pemukulanPukulan daripada perkataan pukul yang membawa maksud hasil pukulan. Manakala, pemukulan daripada memukul yang membawa maksud proses memukul.Makna12.11.2016
Adakah perkataan dalam BM untuk Putting Green selain pukulan leret?Putting green adalah istilah untuk sukan golf. Buat masa ini istilah pukulan leret digunakan. T.kasih.Makna06.08.2008
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut:

bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk;

  • melecut

    1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan;
  • melecutkan

    1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;
  • lecutan

    pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat;
  • pelecut

    alat utk melecut, cambuk, cemeti.
Makna02.10.2009
apakah maksud penanganpukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia me­rasa ~ dr tanganku sendiri.Makna09.01.2013
apa fungsi imbuhan akhiran ( an) seperti namaan,kerjaan,pukulan,pergian dan sebagainya .. jadi apa beza diantara kata dasar dengan kata yang ada imbuhan -an ???Encik Muhamad Rdhwan, fungsi akhiran 'an' seperti yang diberikan contoh, kata kerja akan menjadi kata terbitan apabila diletakkan imbuhan an diakir kata kerja tersebut. Kata dasar ialah kata yang tidak berimbuhan manakala Penambah dlm ilmu bahasa sptber-, ter-, -i, -kan dll yg dpt ditambahkan, atau –el-, -er- atau –em- yg dpt disisipkan pd kata dasar.Terima kasihTatabahasa13.02.2009
Dikenakan denda pati. Apakah maksud perkataaan pati di sini. Adakah ia seperti sebatan, pukulan?Pati, membawa maksud kematian, denda pati pula ialah denda kerana membunuh orang. Maksud tersebut mengikut Kamus Besar Bahasa Indonesia, walau bagaimanapun maksud tersebut tidak terdapat dalam kamus-kamus lain.Makna30.04.2007
Apakah maksud bekas tanganBekas tangan bermakna: a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulanEjaan09.08.2006
Assalamualaikum...saya nak tahu apa bezanya perkataan MENGELAK dan MENGGELAK? tolong sertakan sekali contoh ayatMengelak bermakna menjauhkan diri daripada kena pukulan; hindar, menyisi; ataupun menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu. Contoh ayat : Setelah puas ia 'mengelak', tibalah gilirannya pula untuk menyerang lawannya. Ejaan kata 'menggelak' dalam konteks ini adalah salah.Makna25.02.2008
salam sejahtera, soalan saya: 1. adakah salah penggunaan' kata aluan' jika digunakan seperti berikut, agenda: 1. kata aluan pengerusi soalan 2 ada yang menyatakan 'aluan' bermaksud- pukulan, sama maksud dengan paluan. adakah kenyataan itu betul? sekian. bantuan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Menurut data kami, perkataan yang betul ialah kata alu-aluan yang berkaitan dengan sesuatu untuk mengalu-alukan: kata ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Lain-lain07.02.2018
Apakah ungkapan/istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk memerikan sikap "self-abandonment", iaitu "sikap asyik melakukan perkara yang merosakkan diri seperti minum arak selepas seseorang menerima pukulan yang besar?Tuan/puan boleh kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, padanan yang mungkin sesuai ialah "hilang kawalan diri".Penyemakan dan penterjemahan21.07.2014
12

Kembali ke atas