Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ku.lan] | ڤوکولن

Definisi : 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ku.lan] | ڤوکولن

Definisi : 1 hasil perbuatan memukul; paluan: ~ yg bertalu-talu itu dpt ditangkisnya. 2 serangan yg dibuat terhadap sesuatu pihak; serbuan: Khazifah, pemimpin baru itu, dgn tidak berlengah-lengah lagi terus memberikan ~ yg hebat kpd musuh. ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb. ~ maut a. pukulan yg tidak dpt diambil oleh pihak lawan lalu menghasilkan mata atau poin (dlm permainan badminton, tenis dsb). b. ki sesuatu perbuatan, tindakan, serangan dsb yg boleh membawa maut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukul1 (kata nama)
Bersinonim dengan jam.
Kata Terbitan : memukul, pukulan, pemukul,

Peribahasa

Manusia tahan kias,
     binatang tahan palu.

Bermaksud :

Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
faul1. perbuatan, tindakan dsb yg melanggar sesuatu peraturan dlm permainan atau sukan: setiap ~ yg dilakukan oleh pemain akan dicatatkan oleh pengadil; pemain itu telah melakukan banyak ~; 2. batal kerana tidak mematuhi peraturan dlm permainan atau sukan (bkn pukulan, dll); pukulan ~ pukulan yg menyalahi peraturan sukan atau permainan spt badminton, tae kwan do dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
pukulan kilaspukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pukulan kilaspukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
pukulan faulpukulan yg menyalahi peraturan sukan atau permainan spt badminton, tae kwan do dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
pukulan mauta. pukulan yg tidak dpt diambil oleh pihak lawan lalu menghasilkan mata atau poin (dlm permainan badminton, tenis dsb). b. ki sesuatu perbuatan, tindakan, serangan dsb yg boleh membawa maut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lecutbunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk; melecut 1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; melecutkan 1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambuk­kan, menyebatkan; lecutan pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat; pelecut alat utk melecut, cambuk, cemeti.Kamus Dewan Edisi Keempat
pukulan1 hasil perbuatan memukul; paluan: ~ yg bertalu-talu itu dpt ditangkisnya. 2 serangan yg dibuat terhadap sesuatu pihak; serbuan: Khazifah, pemimpin baru itu, dgn tidak berlengah-lengah lagi terus memberikan ~ yg hebat kpd musuh.Kamus Pelajar
palu1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk me­malu: ~ beduk.Kamus Dewan Edisi Keempat
paluan1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula;Kamus Dewan Edisi Keempat
tamparan1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas