Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lang] | ڤولڠ

Definisi : 1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lang] | ڤولڠ

Definisi : pergi ke rumah atau ke tempat asalnya; balik; kembali: Saya baru saja ~ dr pejabat. ~ balik a. pergi dan kembali pula. b. pergi ke sana ke mari. ~ modal (pokok) mendapat modal kembali, tidak rugi dan tidak juga untung). ~ pulih sembuh spt sediakala. berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. memulangkan 1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan. terpulang terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. pulangan 1 ist hasil atau keuntungan drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. kepulangan perbuatan atau hal pulang: ~nya telah disambut dgn perasaan gembira. pemulangan perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Harta pulang ke tuan (= empunya).

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
itik pulang petangitik pulang petangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk itik berjalan berderetan, lazimnya diukir mengiringi motif besar.
deportationpenghantaran pulangSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan sesebuah negara menghantar pulang warga asing ke negara asalnya. Tindakan ini biasanya dilakukan terhadap warga asing tersebut yang telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, dalam undangundang antarabangsa tidak ada sebarang alasan yang perlu diberikan bagi tindakan pengusiran ini. Contohnya, di United Kingdom, peraturan mengenai warga asing pada tahun 1953 memberi kuasa kepada Setiausaha Dalam Negeri untuk mengusir pihak asing keluar dari United Kingdom. Tindakan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh sesebuah negara.
breakeven chartcarta pulang modalPentadbiranTiadaCarta menunjukkan perkaitan antara jualan, perbelanjaan untuk menentukan titik pulang modal.
breakeven analysisianalisis pulang modalPentadbiranTiadaAnalisis tentang perkaitan antara jualan dan perbelanjaan untuk menentukan titik pulang modal
non-refoulementtiada penghantaran pulang paksaUndang-undangTiadaAmalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan.
non-refoulementtiada penghantaran pulang paksaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan.
break-even analysisanalisis pulang modalPengurusanPerancanganSuatu teknik analisis yang mengkaji hubungan antara kos tetap, kos berubah, jumlah pengeluaran atau jualan dan keuntungan. Pengukuran analisis pulang modal adalah untuk menentukan jumlah pengeluaran atau jualan yang harus dihasilkan untuk membiayai seluruh kos yang dikeluarkan dalam proses tersebut. Tujuan teknik ini adalah untuk menetapkan jumlah minimum pengeluaran atau jualan supaya operasi tidak mengalami kerugian.
break-even pointtitik pulang modalPengurusanPerancanganSatu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos operasi. Pada tahap ini, sesuatu perniagaan tidak memperoleh keuntungan atau mengalami sebarang kerugian. Titik pulang modal biasanya digambarkan melalui graf yang menunjukkan kedudukan hubungan antara tahap pengeluaran (paksi X) dengan jumlah kos operasi (paksi Y). Pada kedudukan di bawah titik tersebut bermakna operasi syarikat mengalami kerugian dan sebaliknya pada kedudukan melepasi titik itu pula, bermakna operasi mula beroleh keuntungan.
ferry flightpenerbangan feriAeroangkasaTiadaSejenis penerbangan tanpa penumpang atau pendapatan, contohnya membawa pulang pesawat yang baru dibeli.,Kestabilan pesawat udara pada paksi membujur seperti dalam keadaan mengoleng, merewang dan gelincir sisi.,Sejenis penerbangan tanpa penumpang atau pendapatan, contohnya membawa pulang pesawat yang baru dibeli.
breakevenpulang modalPentadbiranTiadaKeadaan yang berlaku apabila hasil syarikat menyamai kos syarikat, yakni untung dan tidak rugi.
123456789

Kembali ke atas